Monday, October 31, 2011

Mari CUBATRYTEST benda baru!

Hello peops!

Tadi waktu kat kelas,aku terasa bosan yang amat dahsyat. So untuk mengelakkan diri dari terlena,maka dengan tidak membuang masa aku terus ambik buku rojak yang wajib ada dari sekolah rendah sampai lah sekarang.

Lama aku renung buku tu sambil berfikir,apa yang aku boleh buat. Tibatiba tangan kiri aku tercapai pensil,mulalah ilham aku datang. Apakata harini aku cuba buat tulisan buruk dengan tangan kiri.

Actually aku ni right handed so bila dah dapat idea bernas macam tu,rasa seronok pulak. So aku ajak kawankawan aku join untuk tengok hasil tangan kiri masingmasing. And hasilnya..

* hatiqah a.k.a syg / syafiqah a.k.a sya

* rizsonia a.k.a nia / siti aisyah a.k.a mak ecah

So aku panggil sorang budak laki tolong judgekan. Pemenang buruk : sya, pemenang cantik : mak ecah. So kiranya aku dengan nia still boleh tahan lah kan.

Teringat waktu sekolah dulu,kalau adik aku tak siap homework,dah sure mak aku suruh tolong adik aku buat homework dia. Tapi adik aku pandai,dia suruh aku yang buat. Mak aku taktau pun. So disebabkan tulisan aku terlalu kemas,kalau buat macam biasa kompem kantoi kan,so jadilah left handed kejap.

Ramai orang cakap,lefthanded ni pandai. Aku pun taktau lah. Tak penah dapat kawan lefthanded. Tapi maybe betul kot sebab dia berfikir guna otak kanan. Faktafakta ni aku taktau sangat. Haha.

Okeylah,kalau nak boleh lah cuba. Cheers up!



Hijau! Part of my LIFE.

Hello peops!


Warna hijau dah menjadi sebahagian dari hidup aku. Bila nampak stuff warna hijau,mulalah hormone aku terangsang dengan rakusnya. Aku jadi separuh gila,separuh je okey bila aku tak dapat beli stuff gegemaran aku yang berwarna hijau.

Setakat ni,apa yang aku mampu is..














* kamar beradu aku.

Dinding tak boleh nak cat sebab ni harta kolej,kalau tak da lama aku warnakan denagan warna hijau. Yang paling paling aku sentap,aku tak dapat beli monster hijau ni. Mahal sangat. Sampai beratus. Aku ni student je,nak makan pun terkangkang kangkang lagi,memang tak laa kan kalau nak beli. 

ohsemkan monster hijau aku ni.

So ni lah secebis barang hijau aku. Nak uplod banyakbanyak lembap laa pulak. So dah terbukti aku peminat hijau kan. Kompem kawen nanti tema hijau. Winkwink~

So,apa warna fav korang??

Cheers up!



Ciri Ciri Lelaki Idaman Malaya.

Hello peops!

Hari ni aku nak bercerita pasal ciri ciri lelaki idaman. Lain orang lain tastenya. Dah nama ciri lelaki idaman so angan angan tinggi tu wajiblah ada. So,lets usha!

1. Hensem
Ciri ini selalunya haruslah menjadi yang utama tapi bagi aku,inilah yang terakhir. Lelaki muka hensem selalu mesti nak perempuan cantik. Baru macam merpati dua sejoli. Konon bolehlah jadi couple paling hot kat alam semesta ni. Tuihh la.

2. Muka jambu.
Yang ni ciri utama yang aku cari. Muka mestilah kiut miut macam aku. Baru ohsem -.-"

3. Ada kereta kelisa or satria neo or suzuki swift.
Dah kompom aku suka sebab tak payah susah payah nak kumpul duit beli sendiri kereta idaman aku. Pinjam pun jadilah. nanti dah kahwin jadi harta bersama jugak kan. Lalala.

4. DSLR Nikon/Canon/Sony.
Barulah hot. Boleh tangkap gambar aku banyak banyak. Tapi kalau ada gambar pompuan lain,aku buang aje DSLR tu jauh jauh. Padan muka.

5. Tak merokok.
Ini haruslah. Taknak ah nanti dapat bayi pra matang. Lepas tu pulak,nanti aku yang mati cepat sebab aku sedut asap lebih dari dia sedut rokok tu. tak hot lah nanti.

6. Harta terlebih.
zaman dah berubah,dunia dah maju. Harta and duit wajiblah dipandang sebab taknak lah nanti aku pulak yang kena menyara keluarga. Karang kesian anak anak aku makan bubur dengan ikan masin aje.

7. Up To Date.
Supaya takde lah orang mengata yang orang dah kahwin ni tak up to date langsung. Orang tua sekarang pun dah ade Facebook. Kan hot macam tu.

8. Bertanggungjawab.
Nafkah zahir dan batin haruslah di utamakan. Winkwink -,-"

9. Pandai main gitar.
Bercinta ada lagu tema. Kompem orang jeles kan. Haha. Nanti tiap tiap malam sebelum tidur,dapat dengar bunyi gitar yang merdu. Kalau suruh aku yang main,kompem jiran sebelah datang rumah bawak minyak tanah and api. Haha.

Tapi bila dah tersangkut dengan someone yang takde kena mengena dalam list ni,say byebye je laa kat list panjang berjela ni kan. Kau ingat wujud ke lelaki idaman kat dunia ni ha? Mimpi je laa weyh.

Mula lah buat list baru then tunjuk kat dia konon konon awaklah calon suami idaman kite. Lelaki pun terus kembang sambil perut membuncit sebab bangga. Haha.

Okeylah,tak kisah lah lelaki idaman macamana pun yang penting boleh bahagiakan aku and hormat family aku. Cheers up!


Tuesday, October 25, 2011

My List To Do!

Hello peops!

Waa,lama sudah tak hupdate belog ini. Disebabkan ke'eksited'an yang melampau sebab dapat cuti raya seminggu,maka haruslah mengutamakan keluarga dan kawan kawan lebih dari segalanya. Ouh,cuti ini macam macam list to do dah menanti. Yang bestnya,apa pun tak start lagi. Haha.

Lets check it out my holidays list..

1. Belajar drive macam orang yang baru nak hambek lesen D. Kenapa baru nak belajar? Itu haruslah kerana bimbang sejarah lama berulang kembali.Sejarah eksident itu haruslah ada barulah diri nampak macho kan.

2. Mengrenovate bilik sampai jadi macam bilik anak raja. Bilik cantik barulah mata sejuk memandang. Nak keluar bilik pun rasa berat hati aje.Maka ibu akan tersenyum girang kerana anak gadisnya melekat kat rumah aje cuti ni. Kan bagus begitu.

3. Membuat amal jariah iaitu dengan memberi baju yang sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan kepada yang lebih memerlukan. Ohsemkan begitu  -.-"

4.Meluangkan sepenuh masa dengan keluarga. Oh memang begitu lah harapannya tapi autalah sepenuh masa. Bila pulang segala aktiviti sosial haruslah di tunaikan disini kerana prinsip biar jahat depan family dari tipu diorang hidup hidup. Aku kan anak yang baik.

5. Memasak dan memakan. Mungkin memakan itu akan menjadi lebih dari memasak sebab bila aku balik KL,tak dapat makan free dah. Maka peluang yang terhidang haruslah di manfaatkan sepenuhnya. Memasak? Aku kena memasak untuk Mr.BF. Dia nak makan kari. Hah,wait darling. Later i cook for you.

Banyak lagi list to do tapi kalau nak cerita semua,sampai esok tak habis. So list yang penting penting aje aku taip.

Yang aku rasa tak bestnya,kenapa cepat sangat masa ni berlalu. Tak hot lah macam ni. So masa harus di manfaatkan sepenuhnya.

Okeylah,sampai sini sahaja. Cheers up!


Thursday, October 20, 2011

Sehelai Baju Untuk Adik Tersayang.

Salam poeps!

Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi Azzwan,
Selamat Hari Jadi .



Entry ni agak awal. Sempena bakal harijadi adik aku yang bakal menjelang,aku decide nak belikan baju untuk dia. Sepanjang 19 tahun hidup,rasanya ni first time aku belikan dia baju. Mulanya aku nak belikan dia jenama Padini,tapi aku tak jumpa pulak. Malas aku nak meronda ke TS. Kang benda lain yang aku beli.
Kisah aku dengan dia..

Kitorang ni sama sama kepala hangin. Memang tak boleh bergaduh. Pernah dulu sekali je kitorang bergaduh. Memang huru hara jadinya. Masa tu kitorang sama sama kat sekolah rendah lagi.Dia pinjam pensil aku and dia patahkan. Aku taktau lah masa tu dia sengaja ke tak. Then aku ambik beg yang baru dia beli,aku gunting talinya. Jahat kat aku.

Mulalah kitorang bergelut. Rak kasut hampir patah. Adik aku yang last tak berenti menangis sebab takut. Masa tu pulak mak and abah takde. Kakak cuba jugak leraikan tapi tak berjaya. Last sekali aku mengalah.

Teruk jugak badan kitorang lebam lebam. Itulah first ang last time kitorang gaduh. Sekarang ni kalau gaduh,dah kompem aku yang kalah. Adik adik aku besar macam anak gajah dah. Hari tu dieorang gaduh,aku cuba leraikan,tak pasal pasal bibir aku pecah sebab kena siku.

Okeylah,maaf ye wan tak dapat belikan baju padini,cheetah pun jadilah ye. Karang kalau aku pegi TS,aku belikan. Btw,happy birthday.

Cheers up!




My Secret Admire! <-- eyh betul ke tajuk ni?

Salam peops!

Mempersembahkan....


 zahiril adzim !

Hari ni aku nak bercerita pasal lelaki idola aku. Aku admire kat dia since dia berlakon cerita JUVANA. Aku tak pernah miss satu episod pun drama tu. Tiap tiap minggu aku mesti nak kena tengok muka dia. Bru sejuk mata aku. Huhu.

Aku suka tengok muka sebab muka dia manis aje. Macam ada madu je aku tengok. Karekter dia yang buat aku gila admire kat dia. Dia selalu berlakon watak baik je kan. Klip 3gp aku tak tengok lagi. Dia jadi jahat kan. Tapi aku tahu itu takkan mempengaruhi aku untuk terus admire kat dia.




Aku paling paling suka tengok dia dalam  filem TOLONG AWEK AKU PONTIANAK. Maybe aku agak ketinggalan sebab aku tengok filem tu baru je dua minggu lepas. Setiap kali aku nak makan,kompem cita tu yang aku bukak sebab bagi aku dia sweet sangat dalam cite tu.

Malam tadi aku blogwalking. Sekali terjumpa blog dia. Apalagi,melompat lompat la aku,senyuman tak lekang di bibir. Huhu. Terus laju laju aku follow dia.  Blog dia simple je. Tapi setiap perkataan yang dia tulis tu buat aku gembira.

Aku yakin suatu hari nanti aku akan dapat tangkap gambar and dapat sign dia. Harapharap laa.

Kalau Zahiril Adzim baca entry ni,aku harap dia akan hargai aku sebagai peminat kipassusahmati dia. Semoga perjalanan seni awak akan sentiasa maju. InsyaAllah,amin..

p/s : saya bukan miang,cuma pertama kali saya begitu taksubnya dengan artis. Itupun dengan dia je and sebagai peminat sahaje. Jangan buruk sangka kat saya okey.

Okeylah,cheers up!


Tuesday, October 18, 2011

Alhamdullilah,terima kasih Allah.

Salam peops!

Actually ini kisah semalam. Semalam tak sempat nak update sebab ngantuk.

Alhamdulillah kika lulus OSCE exam. Selamat duit Rm100. Dulu kat belog lama,kika pernah mention yang kika akan buat GA kalau kika lulus exam ni. So maybe selepas ni kika akan buat.

Tapi bukan lah dalam masa terdekat ni. Kika nak kena prepare hadiah dulu. And kika pun nak belajar lagi pasal GA ni sebenarnya. Hope korang akan support ye.

Kalau sesiapa sudi nak bagi futher info,jangan segan silu mengajar ye. Pertolongan anda amat di hargai. Terima kasih.

Okey lah,cheers up!


Budak Gila Bunuh Anak!

Hello peops!

Tajuk agak kurang ajar tapi lagi kurang ajar budak tu!

Hari ni kika nak share berita yang tengah meletup letup sekarang. As usual tiap tiap pagi rutin harian sebelum masuk kelas is ushar paper Metro kat kedai mamak. Berita pagi ni yang buat kika terkejut...

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

Sumpah kesian kat baby ni. Kalau ye pun taknak,jangan di bunuh. Letak aje kat depan rumah orang. Sekurang kurangnya ada sikit sifat berperikemanusiaan. Kakak kika dah tunggu setahun nak dapatkan anak,yang budak ni pulak slumber je bunuh anak dia macam anak patung.

Ish,kompem ah budak ni ada masalah psycho. Asal dia tak bunuh aje laki yang taknak bertanggungjawab tu? Laki tu yang salah kan. Hurmm. Dunia oh dunia. Okey laa,sedih terkenangkan nasib baby tu. Alfatihah.

Thats all for today. Cheers up!

Monday, October 17, 2011

Things that I FEAR!

Hello peops!

Entry ni bukan nak meniru Yuyu Zulaikha ye. Cuma tertarik nak share jugak perkara yang kika takut dalam hidup ni.

1. Andainya hari ni malaikat maut datang menjemput.

Ya. Kika takut sebab bekalan untuk akhirat takde lah sempurna mana. Lumrah manusia kan,mana pergi mesti ada yang terlajak jugak. Maksud di sini ialah terlajak kata ye. Jangan fikir lain okey. Kadang kadang kika cuba jugak control diri dari buat or cakap benda yang tak patut,tapi tak selalunya berjaya. Just setiap hari berdoalah agar diri ni tak semakin terlajak.

2. Tak dapat banggakan keluarga.

Biasalah kalau dah menjadi harapan keluarga,kalau tak dapat nak tunaikan impian mak abah ynag membesarkan tu mestilah tersentap hati ni. Bukan senang nak memikul tanggungjawab sebesar ni. Mingkin bagi orang lain,this is a small matter but for me,it is part of my life. Kika cuma harap airmata diorang just akan mengalir waktu kika grad nanti.

3. Nak bersalin.

Wah,kawin pun belum dah berangan nak bersalin kan. Hehe. Kika tahu betapa seksanya perasaan nak melahirkan sebab kika pernah tengok live. Balik je terus cite kat Mr BF cakap taknak mengandung bila dah kawin nanti. Huhu. >.<"

4. Tak bertanggungjawab.

Bukan senang nak memikul tanggungjawab kan. So bila di fikir balik,memang takut lah sebab tanggungjawab memang penting dalam hidup. Taknak lah orang sekeliling pandang rendah kat kika bila dah dewasa nanti.

5. Sejarah lalu berulang kembali.

Dah sure semua orang ada sejarah masa lalu kan. Happy or Terrible itu tetap masa lalu kita. Bagi kika,yang dah berlalu tu biarlah di jadikan kenangan and pengajaran. So semoga hari hari yang bakal mendatang akan buatkan hidup kita lebih bermakna. Btw,welcome to masadepan!

Thats all. Cheers up!


Tips to be Shared ; Ngantuknya kelas ni!

Hello peops!

Salam hari Isnin. Today kika nak kongsi tips sikit cara nak survive dalam kelas yang amat bosan lagi mengantuk. Well as student,rasanya memang ni masalah utama kita kan. So lets check it out!





1. Tengok lampu and dinding.
- boleh nampak kupukupu gelap. Bukan si Yuyu Zulaikha okey :)

2. Melukis.
- Rasanya kalau nak melukis waktu bosan,tak payah terrer or kena dapat A+ pun dalam melukis. Percayalah yang korang kompem rasa diri amat hebat sebab selalunya melukis pada waktu bosan ni lukisan akan nampak cantik.

3. Highlight buku note.
- Kajian menunjukkan bahawa warna dapat memainkan peranan yang amat penting dalam proses pembelajaran. So highlight lah buku dengan bermacam macam warna. Nak tengok pun nanti sejuk je mata memandang.

4. Makan gula gula.
- Jadikan gula gula sebagai teman setia waktu belajar!

5. Main game.
- Memang best kalau dapat main game waktu bosan camni,tapi susah pulak nak kena cover cover kan. Nanti tak pasal pasal kantoi pulak. So sendiri tanggung okey (:

6. Kacau orang sebelah.
- Yea,inilah yang paling kika suka buat. Seronok kot kacau orang. Last sekali nanti mesti semua pun join. Hehe. So jangan lupa try okey!

7. Fikirkan entry baru.
- Daripada membuang masa macam tu aje,adalah lebih afdhal jika kita memikirkan entry baru untuk dikongsikan bersama. Hehe.

8. Tidur dengan cara paling berhemah.
- Kawan kika ajar,kalau taknak kantoi tidur tiru style dia. Letak buku depan muka then tengok je buku tu. Konon konon macam fokus sangat lah membaca sedangkan dah bermimpi sampai negeri China.

Okeylah,thats all for today. Cheers up!

Thursday, October 13, 2011

Doakan Aku.

Salam peops.

Just short entry. Esok petang aku ada Test 1. Tolong doakan aku dapat jawab dengan mudah ye. And lepas tu pulak aku nak balik kampung. Dah lama tak manja manja bawah ketiak mak. Hehe. Biasalah lumrah jadi anak perantauan.

Aku nak sambung study balik.

Okeylaa,thanks sudi doakan. Sayang korang (=

Cheers up!

Comelnya!

Hello peops!


Aaaa. Comelnya sangat sangat. Ada tak sesapa berbaik hati nak hadiahkan aku anak kucing comel macam ni? Huhu.

Actually aku penah cakap dengan diri yang aku taknak bela kucing lagi sebab kucing kesayangan aku dah pergi. Sedih sangat. Seminggu aku nangis sampai mata bengkak hari hari. Nak makan pun tak lalu sebab aku memang berkongsi segalanya dengan kika. Bila dia dah takde,aku pun rasa separuh jiwaku pergi.. (sambil nyanyi lagu anang)



Tengok. Maunya tak luruh jantung tengok binatang kecik comel ni tidur? Kalau dapat kat aku,kompem dah aku jentik jentik telinga dia. Huhu. Untung kalau kucing dapat aku jadi tuan. Selalu dapat makan KFC. Tulang pun jadilah ye as long still di panggil KFC kan. Hehe.

Aku harap one day aku akan dapat makhluk kecik comel ni. Aku nak jaga macam anak aku. Huhu.

Okey laa,cheers up!


AKU BENCI BUNYI ITU!!

Hello peops!

Selamat pagi  korang!! (walaupun dah petang tak lama lagi senja)

Okeylah. Hari ni aku nak cerita pasal satu bunyi. Cepat teka bunyi ape,kalau betul aku belanja KFC. Haha. Mungkinkah bunyi  kentut berpanjangan yang tak jumpa penamat ataupun bunyi hon bas yang aku rasa nak tembak pakai kereta kebal je kalau bas tu hon sebelah aku ataupun bunyi switswit bila panggil mamak ambik order. Lambat!


Ya! Inilah bunyi  benda yang aku maksudkan. Aku sangat benci bunyi alarm. Lagi lagi kalau waktu pagi. Huhu. Aku tabik spring la kat sesapa yang rasa bunyi alarm ni adalah bunyi yang memang paling dia suka dalam hidup.

Tiap tiap pagi aku rasa terseksa sebab pukul 530am mulalah alarm aku nak menjerit. Time aku tengah mimpi dapat Nokia N9 jugak kau nak berbunyi kan. Kalau time ShahrukhKhan nak ngorat aku kau berbunyi takpe lah jugak. Aku kan pemalu orangnya. Bhaha. Grr! Takpe takpe,hari hari hari kau,sabtu ahad hari aku pulak. Haha.

Tapi aku sedar,sebagai student alarm memang mainkan peranan yang besar hidup aku. Alarm mampu mengubah hidup aku. Bayangkan kalau alarm tak berbunyi pagi pagi,kompem aku tidur dengan lenanya sambil bermimpi Daim Juvana ajak aku kawin. Haha. Lepastu kiranya aku ponteng kelas la kan. Kan tak baik tu. Namao namao okey.

Sebenarnya alarm ni berfunction bila waktu tidur je. Eh,ada ke orang tengah makan set alarm? Macam pelik aje. So bersabarlah selagi mampu. Kalau dah tak mampu,buang aje lah alarm tu and bersedialah untuk face macam macam masalah dalam hidup.

Kepada alarmku yang tersayang,tolonglah jangan berbunyi bila Daim Juvana dengan aku tengah dinner,bila aku tengah peluk peluk Nokia N9 and bila aku baru nak dapat DSLR. Waktu lain kalau kau nak berbunyi,dengan rela hati aku dengar. Hehe.

Lastly,sayangilah bunyi alarm. Okeylah,cheers up!



Wednesday, October 12, 2011

Tips to be Shared ; Mari Putihkan Gigi !

Salam peops!

Hari ni nak bagi tips sikit. Nak kata diri hebat macam catwoman pun tak sangat lah ye,sikit tu harus ada.
Okey,mari putihkan gigi dengan cara paling mudah dan jimat!

i. sodium bicarbonate @ tepung penaik.
ii. garam halus.
iii. sedikit arang.

Letak sedikit pada berus gigi and beruslah gigi korang. Then gosok gigi balik tapi guna ubat gigi pulak. Amalkan 2 - 3 kali seminggu. Kalau korang buat tiap tiap hari then gigi jadi putih macam mozek,jangan salahkan aku pulak ye. Winkwink~

* diorang sudah,kini giliran anda pula =)

iv. sebiji strawberry di belah dua.

Catherine Zita Jones mesej aku semalam. Dia bagi rahsia gigi putih dia kat aku. Aku dah tolak tapi dia berkeras jugak suruh aku share. (sumpah aku tipu!)

Ambik sebelah strawberry tu and korang buat jadi macam berus gigi korang laa. Gosok sampai bila bila kau suka la,lagi lama lagi bagus kan. Then kumur kumur and bolehlah makan strawberry yang lagi sebelah tu. tak baik tiru syaitonirrojim.


* dia MMS kat aku semalam.


Okeylah,selamat mencuba ye. Bila gigi putih,bolehlah cheers up lelama kan.


Seronoknya di Hargai!

Salam peops!

Hari ni aku nak bercerita pasal indahnya rasa bila orang appriciate diri kita. Korang pun mesti suka kan kalau ada orang sayang lebih,nak apa pun mesti dapat. Winkwink~

Dulu masa mula mula aku masuk belajar,aku sedih. Aku rasa macam family aku nak buang aku je,sebab tu diorang hantar aku belajar jauh jauh ni. Lama lama aku paham,aku ni boleh di katakan harapan terbesar keluarga laa. Sedih nokss! Ingat dalam otak,HARUS BERJAYA!!

Tapi aku seronok. Bila balik kampung aje,nak apa mesti dapat. Makan mewah start dari sarapan sampai dinner and bersambunglah sampai esoknya. Badan pun jadilah semakin montel menandakan mendapat khasiat yang terlebihnya. Haha.

Untung saya dapat BF yang understanding walaupun hobi kami bertumbuk terajang aje bila jauh. Dugaan bercinta jarak jauh kan. Haruslah terima dengan hati yang sangat besar melebihi tempayan besarnya. Dia hargai aku?

Mungkin.

Tettt!! Dia sangat sangat hargai aku. Apa aku nak insyaALLAH akan dapat lah. Tapi takde lah pulak aku nak mintak perrari sebijik kat dia. Mau dapat pelempang laju laju sebanyak patplohpat kali lebih afdhal.

Aku suka bab nak ajar ajar orang ni. Bukan ajar nak gaduh gaduh tu,namao namao tak baik tau. Means the syllabus yang aku belajar kat kelas la. Bila orang tanya or request aku tolong ajarkan,maka dengan muka hati hidung dan badan yang kembang aku sudi untuk menunjuk ajar. Kan ke bagus gitu,boleh jugak tengok kemampuan aku pasal topik tu. Tapi sorry lah kalau yang kena marah dengan aku,aku bila mengajar memang emo lebih. Hehe.

Okeylah,kalau nak cerita sorang sorang,sampai aku ada cucu lapanbelas pun tak habis lagi. Thanks sudi baca.

Cheers up!


Wordless Wednesday 1# : May i have it?

Salam peops!

N9


Tuesday, October 11, 2011

Cupcake Paling Sedap Di Alam Semesta!

Hello peops!

bisou cupcake!


Aku baru je lepas melantak cupcake ni. Rindu sangat weyh,dah lama tak makan. So waktu pergi KLCC tadi,belilah satu. Dah aku je yang nak makan. Bukannya murah. Tapi aku puas hati lah sebab kempunan aku nak makan kek coklat dah tercapai.

Haritu aku beli cokolat cake kat pasar malam jalan TAR,tak sedap langsung! Membazir duit aku je. Tak berbaloi pun. Sampai bila bila aku takkan beli lagi kat situ. Tetibe teringat quote

" don't judge a book by its cover! (ayat aku) don't judge the cake by its shiny colour "
Tapi sebab aku tengok cokolat tu macam sedap menarik tertarik memang nak kena bom aje,aku pun beli laa. Okey kika,nextime think before act!

Korang cuba laa rasa cupcake paling sedap kat alam semesta tu ye. Sapa cakap tak sedap,aku smackdown! (baik korang cakap sedappp!!) bhahaah.

Okey lah,cheers up!

Aku jumpa ramai artis tadi!!

Salam peops!

Haa..
Sila jelezkan diri anda dengan tajuk tu oke! (sengihmacamkerangbusuk)

Tadi lepas balik kelas,aku dengan kengkawan pergi KLCC nak cari baju. Hadiah untuk adik aku untuk upcoming bufday dia nanti. Aku choose nak beli PDI untuk dia,tapi rupanya kat Suria ni takde. Kecewa doe! Harap je tinggi bertingkat tingkat,ada lif escalator bagai,baju PDI pun takde. Apepuntakboleh~

Lah,tak pasal tetiba je nak hangin kan. Hehe. Dah bosan and takde arahtuju,melangkah lah pulak pergi signature. Sapa cakap tandatangan,aku pelempang patplohpat kali laju laju. Haha. Signature tempat makan laa.

Disebabkan aku ni peminat setia Cikepal,aku pun konon konon lah nak tiru dia pasal bab makan. Harapan saya agar Cikepal takkan berkecik hati dengan saya (mula dah merepek!) huahuahuaa. Aku buat kelainan sikit. Tiap kali aku datang signature,aku mesti makan spegheti tapi hari ni aku ubah selera. Aku pilih OTAK-OTAK PLACE untuk memupuk lemak.

aku punya : * otak devil chicken rice.

Nasib baik sedap. Takde lah menyesal sangat duit aku melayang. Penat aku nak habiskan nasi ni sorang sorang okey. Atas dasar prihatin,aku suggest lebih baik kongsi duit beli nasi ni. Karang tak habis,kan dah bersekutu dengan syaitonirrojim. Kalau yang kuat makan,lu pikir la sendiri nak share ke tak.


sya punya : * nasi ayam penyet.

Memula aku nak makan ni,tapi teringat ayam penyet yang aku pernah makan kat bandar baru,terus aku lupakan niat tu. Aku suggest sya beli sebab boleh laa aku merasa. Kalau tak sedap pun takpe,dia punya bukan aku (gila babeng jahat budak ni). Tapi sedap okey,sup dia je aku tak suka. Sambal dia best,aku siap suruh mintak extra untuk nasi aku. Haha.


kawan aku belanja otak otak

Tapi otak otak ni kurenggg sikit laa rasanya.Tak pedas and sedap macam yang Wan Shukon jual kat Wana Cafe (bandar baru). Aku pun tak tahu laa otak otak ni di bakar ke di goreng dalam kuali. Kawan aku lagi best,dia kata bakar dalam avon,mengekeh ngekeh laa aku gelak. Actually dia nak cakap oven. Bhahahaa.


ape boat ntah.lupa pulak and mashmelo cicah cokolat.

Yang ni pun kawan aku belanja jugak. Bagus kan dapat kawan macam tu. Haha. Malam ni dia belanja aku teh o ais pulak. Aku teringin nak rasa Tutti Fruty tapi tak jumpa pulak.

Oh yee. Pasal tajuk kat atas tu,aku dengan boy kawan aku ni memain laa game bongok sikit. Asal nampak orang memane lalu je,mula lah eh Aznil,eh Mawi,Ct Norhaliza doe,ustzh Bahyah pun ada. Macam artis laa yang tersenarai. Gelak bagai nak rak and sangat sangat happy petang ni.

Okeylah,cheers up!



Monday, October 10, 2011

PLANTS vs ZOMBIE

Hello peops!

Semenjak dua ni aku jadi kaki game. Tak penah penah pun. Dulu aku minat Counter Strike tapi aku tak reti nak main. Sekarang dah ada game baru.

Mempersembahkan...



Game yang tersangat best bagi aku. Aku utamakan game ni dari segalanya. Kalau dulu watu petang waktu wajib aku tidur tapi semenjak aku start main,sampai je hostel aku terus on laptop main game ni. Sepanjang petang aku ngadap. Tak bosan. Tak tidur and makan pun takpe sebab aku tak sabar nak habiskan. Dari petang sampai malam aku main.


Bila zombie terlepas and dapat makan otak,mulalah aku sumpah seranah memaki hamun. Ish,teruknya aku kan. Tapi aku rasa tu memang perkara wajib main game kot. (:



Waktu ni aku mampu berfikir lebih dari waktu aku nak jawab exam. Semua function aku dah mahir. Yang paling penting mestilah matahari!


Masa level ni memang aku rasa nak nangis je main. SUSAH!! And aku taktau bila nak habis. Kawan aku support. Dan akhirnya,aku berjaya habiskan. Dua kali aku replay lagu and siap rakam lagi tu. Bagi aku,itulah usaha aku. Aku tak penah segila ni cuma untuk game.


(* bukan nama aku.)

Semua level aku dah lepas. 3minggu aku buang masa untuk game ni. Belajar pun tak sefokus ni. Tapi seronok,semua tu dah berakhir. Sekarang kalau aku main balik pun,aku rasa bosan je. Harap harap waktu exam pun aku akan letakkan usaha macam ni.

Okeylah,cheers up!