Thursday, December 29, 2011

Tips to be Shared ; Nak kurus nak kurus!

Hello peops!

Rasanya dah lama tak berkongsi tips dengan korang kan. Biasalah lah,hidup ini terlalu sibuk. Cis kononkonon laa -.-"

Okey tanpa melengahkan masa lagi,mari kita lihat cara caranya. Dan ofkos lah kena diet kan. muahahaha. Taknak mainmain dah oke :)

1. Jangan skip SARAPAN ataupun bahasa omputehnya BREKPES. Sebab? Sebab bila kita tak makan pada waktu pagi,kita akan lebih cenderung nak makan banyak lunch nanti. Perut dah berbunyi lagu moves like jeggar,so mesti nak kena isi kan.

2. SARAPAN pulak jangan lah kau melantak roti canai or nasi yang berlemak lemak. Tahukah anda bahawa nasi lemak dan roti canai adalah sumber makanan yang mempunyai kolestrol yang teramat tinggi mengalahkan Gunung Kinabalu? Ya,mesti anda sudah tahu kan sebab saya baru bagitahu. Bijak bijak.

3. TIMBANG BERAT setiap kali sebelum dan selepas makan. Sebab? Boleh laa tau berat awak tu makin naik ke turun. Dan pastikan timbang setiap hari okey.

4. Elakkan ikut KATA HATI. Maksudnya? Bila hati korang terasa nak makan aiskrim,korang pun lantas membeli aiskrim tapi makan dalam kuantiti yang sikit. Habis tu bayangkan kalau terasa nak makan KFC,Pizza CheezyBite,Prosperity daging.etc. Kalau semua tu korang makan dalam kuantiti yang sikit,sama je makan semua tu and terus je habiskan. Takkan kau taktahu pepatah "sikitsikit lamalama jadi bukit"

5. BERSABAR! Jangan berharap sangat yang seminggu dah boleh kurus. Dah kompem kerat jari ayam pun orang tak percaya. Sekurang kurangnya maybe 1 or 2 kilo boleh turun dalam masa seminggu. Yang turun lebih lebih tu mesti makan ubat kurus ataupun tak makan langsung. Wa tau laa beb.

Okey.itulah sahaje tips nak kurus untuk masa ini. Selamat mencuba walaupun korang semua dah tahu semua ni sejak azali lagi. Muahaha. Cheers up!


Antara Dua Boipren. Pilihan???

Hello peops!
Salam year end sale << ade kena mengena tak?muahahaha

Okey. Lagi bape hari je dah nak say byebye kat 2011. Sedih sebab impian aku tahu ni macam tak dapat je semua. Takpe,impian boleh carry forward. kankan??

Dah penghujung tahun ni,aku rasa hati aku makin berubah. Aku rasa dua dua best,baik tapi mustahil untuk aku pilih dua dua. Kenapa mesti terciptanya yang satu lagi tu? Huhh.

Samsung Corby II


Samsung Galaxy Y

Dua dua sedap di touch. Kalau ikut hati aku nak Samsung Galaxy Tab je,baru puas hati. Tapi di sebabkan tu nak dijadikan hantaran aku nanti,pendam je lah dulu. So memang aku dah kompius nak pilih yang mana ni. Mesti ramai suggest aku patut ambik Galaxy Y kan sebab itu yang latest. Aku memang na jugak tapi batang hidung dia pun aku tak pernah nampak,macam mana aku nak tahu best ke tak. (ehh,batanghidung?kompem sampai mati pun takkan ku jumpa kan,muhahaha)

So kejap lagi aku nak keliling semenanjung malaysia termasuk sabah dan sarawak tuk cari menatang Galaxy Y ni. Haa,sapa nak join,hallohallocafe aku,kakakaka

Okeylah,aku nak lunch sambil tengok Boy Over Flower. Cheers up!


Tuesday, December 27, 2011

Selamat Hari Natal :)

Hello peops!
Selamat Bercuti Sekolah *gile ape aku ni,rasenya sekolah dah nak start balik,muahaha

Oh ye,walaupun memang dah lambat,aku still nak ucapkan jugak kat semua makhluk yang beragama Kristian, " Merry Krismas! "




p/s : biar lambat asal selamat. takde kena mengena kan. muahaha

Sunday, December 18, 2011

Secebis Rindu. tak main lah Ombak Rindu dah.

Hello peops!

Rindu gilak babai nak hupdate belog wei. Kesian belog ni aku tinggalkan sampai aku rasa sarang anai anai dah kemain eksited nak menetap kat sini. -.-"

Seriusly aku memang tak suka posting kali ni. Aku rasa aku telah jauh terpisah diriku dan dirimu (tetbe terkeluar lagu 6th sense pulaks)  dengan belog ni. Mencik mencik!

Aku rasa bulan ni dah nak habis,tapi aku baru nak hasilkan seketul entry yang tak berilmiah. Tak macho je aku rasa. Haha. Takpe,aku sentiasa bersabar meniti hari menjelang Krismas. Nanti aku tebus balik apa yang aku sengaja tinggalkan.

Okeylah,aku dah taktahu nak tulis apa,korang doakan Krismas cepat cepat datang ye. Aku rasa macam dah dengar je nasi paprik mak panggil panggil aku *kecur ayo liyo tetbe

Cheers up!