Thursday, January 26, 2012

Selamat Tinggal Kekasih...



Mulai detik ini,belog takan aktif macam dulu. Sebab? Aku nak konsentrasi kat pelajaran. Kononya je laaa. Okey,jumpa lagi bila senang :)

Tuesday, January 17, 2012

Murah? Tak layan laa weyh!!



Okey,hari ni nak cerita pasal duit duit dan duit. Still tengah awal tahun ni,so perancangan bajet rasanya tengah sesuai laa untuk dirancang. Apapun,untuk tahun baru ni,aku still nak mengubah dress up aku dan semestinya duit akan terkeluar jugak kan.

Maybe takkan banyak sangat kot sebab aku bukan jenis yang GILA BRAND. Pakai baju murah pun selesa and  tahan lama jugak. Selalunya kalau nak baju murah murah,aku suka menghadirkan diri kat Times Square. Seriusly aku meman tersangat jarang beli baju kat Teluk Intan sebab aku tengok harga lagi mahal dari kat KL.

Terbaru ni aku tengah usha GM Klang. Aku rasa banyak choices kat situ. Dan yang penting sekali is MURAH. Aku memang suka beli yang murah murah sebab banyak yang boleh aku beli dengan bajet yang ada. Aku selalu tengok kasut kat blogshop and aku minat gila tapi aku kena fikir panjang panjang sebab kasut tu sepasang je dah RM70. Maybe bagi orang lain 70 tu sikit or biasa biasa je tapi bagi aku,its a big amount!

So tahun ni aku nak beli macam macam,so kalau tak bajet memang huihh susah hidup. Yang penting bagi aku,biarlah murah janji aku selesa. Ye tak.

p/s : kalau ada orang gila tanya baju awak tu murah ke mahal,sila jangan segan silu bagi five kat dia okey. -.-"

Winkwink~

Wednesday, January 11, 2012

Game.



Semakin dewasa ni,semakin kenangan lama lama dulu datang menyinggah kat kepala otak. Kadang kadang aku rasa mesti orang tengok aku ni macam gila sebab senyum sesorang. Okey,hari ni aku nak cerita pasal mainan or game waktu aku kecik kecik dulu.

Aku suka main cikgu cikgu. lepas tu siap berangan nanti bila dah besar,aku nak jadi cikgu. Adik adik aku laa yang selalu jadi mangsa. Seronok bila dapat rait rait buku pakai pen merah siap buat bintang bagai.

Masa aku kecik,cite Roda Impian tengah feymes amos. Tipu lah kalau ada yang taktau cite tu. Meh nak cepuk! Kiteorang pun mengadaptasi konsep yang sama (fewittt,macam ayat novel dah,muahahaha) just takde  lah sampai buat roda roda tu.

Lepastu musim explorace pulak datang. Sebelum main kutip sorang 20sen tuk beli jajan. Tiap tiap kali mesti aku je yang kena jadi judge. Pening wo nak siapkan klu,nak nyorokkan barang barang lagi. Nasib baik akal aku ni hebat -.-"

Kecik kecik kalau tak main kawen kawen mesti tak sah kan. Tapi kalau ada yang tak pernah main tu aku taktau lah tapi yang pasti awak memang tak  OHSEM. Kalau main aku suka jadi anak anak,baru terasa diri ni hot. Cis.

Tu lah yang aku suka main waktu kecik kecik. Kalau dah besar gedabak ni nak main macam tu lagi macam malu je. Budak budak zaman sekarang pun dah tak main camtu. Sekarang paling koman pun semuanya main angrybird. Adik aku yang baru masuk pra pun lagi teror dari aku.

Zaman dah berubah,dunia dah maju. Budak sekarang tak rupa budak dah. Okeylah,mahu melayan K-pop. Winkwink~

Thursday, January 5, 2012

Express Entry.

Hallohallo :)

Selamat malam semua. Sekarang ni aku tengah tak berapa nak sehat. Kejap panas kejap sejuk. Ubat pulak malu nak jumpa  aku. aAku pun bertambah malu jugak. Pray for me ookey. Semoga sakit tak berkunjung tiba pada awal tahun 2012 yang damai ini.

Okeylah. Waktu gila dah habis. Bantal dah nyanyi nyanyi. Jangan jelez bantal aku pandai nyanyi. Muahahaha. Winkwink~

Monday, January 2, 2012

Suka Duka 2011.

Hallohallo :)

Disaat semua orang sedang memandang ke hadapan,mungkin aku aje yang masih lagi memandang ke belakang. Dengan tak semena mena aku teringat iklan dari petronas," jalan mesti ke hadapan ".

Actually aku pandang kejap je sebab aku nak flash back suka duka aku tahun 2011. Nanti boleh lah anak anak, cucu cucu  serta cicit cicit aku tahu hidup aku macam mana. Kot kot boleh buat novel ke. Terperasan sekejap -.-"

FLASHBACK

Suka
- Masa bufday aku bulan 2,aku dapat 2 bijik kek. Lepas tu dapat hadiah gelang tangan,jam tangan serta RM50. Aku pun ada buat kek sendiri and sambut bufday dengan housemate masa malam bufday. Best!

- Aku buat pasport and pergi melancong ke SINGAPORE. Seronok sebab dapat jugak aku melancong sendiri ke tempat sejauh tu.

- First time naik turun flight. Dapat pulak duduk tepi tingkap. Tengok awan putih. Rasa bergegar bila plane langgar awan. Pengalaman.

- Posting kat Cameron yang memang aku rasa superb ohsem.

- Aku dirisik! Seronok.

-Aku dapat sambut new year dengan yang tercinta.

Duka
- Aku dah tak tahu sangat drive and bawak motor sebab dah lama tak practise!

- Dapat posting kat KUANTAN!

- Sepupu aku meninggal masa hari aku dirisik.

Sikit je duka. Malas aku nak ingat banyak banyak. Nanti aku nangis. Wa ni nampak je muka macam kak long,hati wa macam gula gula kapas tau. Muahaha.

Okeylah,wa malas nak flash flash lagi. Tengok Dash and Flash lagi bagus. Winkwink~

Selamat Tahun Baru,Happy New Year!

Hallohallo :)

Dikesempatan yang tersisa ini,kika ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca,bloggers,spammers,hackers. Maaf kepada yang tak disebut. <<dah macam ayat pembaca berita

* sumber dari facebook

The normal thing untuk semua makhluk kat muka buku serta muka bumi ni mestilah azam baru untuk tahun baru kan. For me? macam malas je nak ber azam azam ni. Btw untuk tidak mendapat gelaran yang tak ohsem,wa cepat cepat reka azam yang superb ohsem weh.

1. Nak jadi blogger tegar yang aktif tanpa pasif yang mampu menghasilkan 100 entry sehari.

2. Nak letak semua iklan dari Nuffnang,ChurpChurp,Advertlets dll sehingga semua duit mereka habis untuk kika cash outkan.

3. Nak kumpul follower sehingga mengalahkan Cik Epal,Lyssa Faizureen serta Yuyu Zalikha.

Okeylah. Cukuplah sampai disini kika merapu. Nanti ramai makhluk yang jelez. Winkwink~