Friday, January 25, 2013

Cerita Maulidur Rasul.

Salam Jumaat.


Semalam aku tengok berita. Banyak perhimpunan and perarakan yang di buat sempena Maulud Nabi. Seriusly malam tadi bile aku tengok berita tu,aku terasa macam rugi sangat. Rugi sebab aku tak tahu pun ada perarakan. Huhu. Terasa semangat berkobar kobar pulak.


* bing search

Tahun depan insyallah aku nak join jugak perarakan ni. Seronok sebab terasa macam pergi berjihad aje. Orang bukan islam pun boleh join,kenapa tak kita yang sememangnya islam ni.

Okeylah. Sekian.




Thursday, January 24, 2013

Buat Renungan




ya Allah. mintak di jauhkan perasaan itu dalam diri aku.
Aminn.


Salam maulidur rasul





Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad . Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul AwalTahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

sumber : wikipedia

Friday, January 18, 2013

Spotcheck by minah Hensem!

Salam.





" cikgu nak buat spotchek kejap lagi,cepat simpan semua handfon,cepattt!!"


Teringat kekejian aku waktu sekolah. Aku pengawas sekolah. Setia berkhidmat dengan uniform kuning sampai aku Form5. Tapi sayanggg (teringat pulak lagu salem,kuikui) aku tak amanah pulak masa tu. Sumpah bila dah tua ni aku nyesal gila weyh!

Maksud aku tak amanah,bila waktu spotcheck je,mesti ade segelintir manusia yang sangat tak bertanggungjawab buat salah. Bawak segala barang yang haram kat sekolah tuk show off. Aku mesti lepaskan jugak makhluk makhluk ni sebab aku malas lah nak cari masalah. Lebih accurate lagi,aku taknak dapat  gelaran istimewa di kalangan bebudak sekolah yang baru nak up.

Susah kalau terglamor tau,nanti aku bangga diri perasan retisss gitu loh. Haha. sila muntah sekarang kalau nak. Tapi siyesnya,aku memang agak feymes ames waktu sekolah dulu ye. -.-"

Haa. Tu aje kekejian yang aku buat sepanjang berjawatan pengawas. Tapi bila di ingat ingat balik,aku lagi buat banyak kesalahan. Haha. Contohnya..

1. Memang muka aku aje yang kena tegur dengan ustazah sebab aku tak reti nak pakai anak tudung. Rambut pulak aku ikat ponytail. Kadar kepanjangan tudung and  rambut aku adalah sama,sebab tu ustazah kalau tengok aku memang berseri seri muka dia. -.-"

2. Aku pun pernah bawak hempon. Tapi waktu waktu ceramah ke bla bla ke aje. kan ngantuk. kuikuikui.

3. Pakai gelang kaki hitam. And pakai gelang tangan yang dari kelapa tu. Until now still hitam lagi. Wahai gelang,bila kau nak jadi merah hah??

4. Ponteng kelas :) Sekali je sepanjang aku bergelar pelajar.

5. Banjir kat sekolah! Kahkahkah.

Gile ah sampai uat list kan. Haha. Banyak agi sebenarnya. Jangan malukan diri banyak banyak. Iteww malu lew. Hewhew. pfff~




Salam hari Jumaat.


Selamat Tahun Baru 2013

Kahkahkah. Kalau makanan bukan je dah basi and berkulat,siap ade ulat lagi. Okey,agak kewjijixan disitu.
Bukan niat dahku da lama tak mengonlinekan diri.tapi sebab ade masalah negara yang tak dapat di elakkan. Sesungguhnya dahku memang sangat rindu rindu rindu kat dunia blogging ni. Puihh -.-"

Last but not least,
IM BACK! =)