Friday, August 30, 2013

3G Cakes!

Salam semua.

Harini aku nak share gambar cakes yang 3G (gempak,gila,glamor) dengan kome semua. Memang awesome kot! Boleh jadi inspirasi jugak ni. Kot kot nak buat suprise tuk someone special kan. Moh le kite nengok ye.











Dalam banyak banyak kek cantik kat dunia ni,aku tetap setia pada yang ini. Kek tunang Hello Kitty,kahwin pun haruslah Hello Kitty jugak. Love hello kitty Love hello kitty Love hello kitty.




Omey omey suwit suwitnyaaa. Sayang nak makan. Simpan dalam frame je lah. Haha.

Okeylah,bye!

Wednesday, August 28, 2013

A Trip To Pangkor Island - Part 1.

Salam semua.


Minggu lepas aku dengan kawan kawan decide buat trip ke Pangkor. Kenapa Pangkor? Sebab mula mula cadang nak pergi Teluk Batik,tapi dah alang alang bajetnya sama terus je lah ke Pangkor. Lagi pun ni boleh kira first time jugak datang Pangkor and buat aktiviti. Dulu pernah pergi tapi macam bodoh je sebab tak tahu apa apa. Sekarang kalau orang tanya dengan senang kaki ai boleh jawab. Hehe.

* misi qaqa,cikgu paien,ainy psycho,engineer siti,fatin accountant,peguam sapikah.

Bajet kami seorang RM100 je untuk trip selama 2hari 1malam. Sebabkan pergi berenam so banyaklah boleh jimat. Kita pergi memang buat style traveller betul. Dengan bag kiri kanan,bawak coleman berisi bahan mentah untuk BBQ lagi. Pergi balik pun sampai sentap sentap nak bawak coleman. Haha.


Pergi naik bas Maraliner je tau. Masing masing malas nak bawak kereta. Pergi balik pun tak sampai RM20 so tak kisahlah naik bas pun. As long our trip is on. Dalam bas memang eksited kemain. Lagi lagi bas tu kosong. Memang riang ria hari raya betul dalam bas tu. Haha.

*bas kosong. ada kiteorang aje.

Perjalanan dari Teluk Intan ke Lumut around 2 hours lah jugak. Nam pun bas tambang,banyak tempat dia berhenti. Sabar jelah. Finally sampai jugak ke Lumut. Lepas beli tiket feri RM10 pergi balik,terus kita naik feri tu. Ada lagi half an hours before feri belayar. Eceyy belayar. Berselca selca dahulu lah. Kata perempuan =____="






*okey perasan retiss sangat.haha

Dari Lumut ke Pangkor ambik masa setengah jam. Sampai je jeti pangkor rasa macam nak lompat lompat tak percaya. Beria okey! Haha. Lepas tu terus naik van pink. Van kat sana memang semua warna pink ye. Ada jugak servis motor sewa and kereta sewa. Disebabkan kita ramai and takde nak pergi mana pun,ambik jelah van. Senang. Satu van RM20.

* pink lover <3

 Dalam 30minit sampai resort yang kita tempah. Kita pilih Palma Beach Resort . Kira paling bajet lah ni. Okey jugak. Sebenarnya. Semua resort sebelah sebelah depan depan laut aje. Harga je lain lain. Bilik kita ada jugak katil tilam aircond tv bilik ayoo. Haha.






#notakaki : sambung ke Part 2. Konon konon drama bersiri. Haha.


Tuesday, August 27, 2013

A Day To Remember.

Salam semua.

Semalam,26 Aug 2013 hari Isnin bersamaan 19 Syawal 1434Hijrah ai dapat benda yang paling paling paling ai nak sangat. Dari sekolah ai memang nak sangat benda ni. Kisahnya begini. Ececeyy.

Petang semalam tunang ai cakap nak datang rumah sebab rindu. Ai pun cakap je laa okey datang lah sebab all my family members ada kat rumah. So tak kisah laa nak datang and stay sampai pukul berapa pun. Ai thought dia datang saja nak lepak,tiba tiba dia ajak ai pergi kat kereta and ai pun ikut je laa. And guess what. Ai rasa macam nak terpengsan (TER okeyy) tengok apa yang dia hadiahkan untuk ai.

jeng


jenggg


jenggggg


*hello,my name is Snowy =)


Ai rasa macam nak nangis guling guling + lompat tinggi tinggi sampai bulan tau (kemain over kau jemahh). Terus ai ambik sambil lari marathon masuk rumah. Rakus laa katakan. Muehehehe.

Alhamdulillah akhirnya ai dapat jugak benda yang ai nak dari dulu lagi. Ai rasa terharu sangat dapat tunang yang sanggup berkorban duit untuk hadiahkan ai benda yang ai dah lama idamkan Thanks sayang <3

Ai back to basic. Seriusly otak ai memang beku dah bab laptop ni. Haha. Okeylah,ai nak spent masa dengan Snowy. Kikiki.

Okey bye!


#notakaki : this is my first entry using Snowy. Yeayy!



Monday, August 19, 2013

Movie Peberet Sepanjang Hayat.

Salam semua.

ADA APA DENGAN CINTA 

 
 
 
 
#notakaki : kisah persahabatan.
 
 

Sunday, August 18, 2013

Khas Buat Pengguna Instagram.

Salam semua.

Sekarang ni tengah ai tengah sibuk menguruskan pasal tender company. Sambil tu curi curi bukak Youtube nak dengar lagu raya. Semangat raya tu haruslah ada kauu. Tetiba keluar pulak video pasal Instagram. Siap boleh di makan lagi tu. Nasib dah raya ke 11. Kalau tak mesti ai dah hidangkan waktu ai buat open house haritu. Haha.


 

Video dalam bahasa omputih. Ai ni paham tu memang paham tapi nak translate tu yang malas. Rasa macam nak buat jugak kek ni tapi untuk manusia malas macam ai ni rasanya macam leceh and banyak benda nak kena buat tu yang malas nak buat tu. Beli je yang readymade. Tapi rasanya takde yang buat lagi. Hahhh,kalau ai buat bolehlaa ai jual kan. Haha.

Okeylah,ai malas nak mengomel lagi. Sapa sapa yang buat tag ai kat twitter tau. Haha.

Okey bye!

Thursday, August 15, 2013

Pengalaman Jadi Bidan Kucing.

Salam semua.

Harini memang ai excited bebeno nak update belog ni. Entry ni panjang meleret leret. TQ.


*gambar sekadar hiasan
  
Semalam aku tolong mak aku buat kerja kat office so memang dari pagi takde kat rumah. Petang baru balik. Masuk je dalam rumah kucing aku Gracey asyik bunyi aje. Takde stop stop pulak tu. Kakak aku cakap dia dah nak beranak. Husband dia pun dah sediakan tempat untuk dia delivery.

Aku letak Grcey dalam tempat yang dah disediakan tapi dia taknak tempat tu so aku pun biar je lah dia. Dah penat pusing pusing rumah teman dia. Lastnya aku tengok je tv. Gracey datang kat aku terus dia cuit tangan aku. Tersentak aku sekejap. Rasa bersalah tetiba sebab biar dia.

Aku cakap dengan Gracey suruh dia jalan dulu,pilih nak beranak kat mana terus dia masuk bilik mak aku and masuk dalam almari baju abah. (Nampak,pandai kan kucing aku,haha) Aku pulak yang kelam kabut sediakan tempat beranak dia sampai aku tersepak baby court. Saketttt baq hang! Dah tu air ketuban dia dah pecah,maunya aku tak kelam kabut. Haha.

Dah settle tempat beranak,aku pun temanlah dia. Dari pukul 6.45pm sampai pukul 8.15pm tau. Kawan aku ajak beraya pun aku tak ikut mula mulanya. Pasal beraya nanti aku update ye. Aku tengok Gracey meneran neran. Sayu tengoknya. Dia pandang aku dengan mata bersinar,macam nak cakap sakit sangat tu laa. So aku usap usap kepala dia,badan dia.

Disebabkan firstime dia beranak,dia pun berpusing pusing tak tahu posisi macam mana yang sesuai. Aku pun ikut ajelah. Yang pasti sepanjang dia melahirkan aku ada dengan dia. Tu yang penting. Dalam pukul 7.55pm keluarlah anak pertama Gracey. Warna hitam putih. Jantina masih belum di ketahui. aku macam wow wow wow wowww gila ah tak percaya aku dapat tengok live kucing beranak.

*gambar sekadar hiasan
  
Anak kucing keluar dalam ketulan. Lepas tu kerja mak dia lah nak pecahkan ketulan tu. Maka terkeluarlah anak dia. Cepat cepat dia bersihkan. Dalam 10min lepas tu keluarlah anak kedua. Masa ni aku tengok Gracey sampai tercekik cekik nak bersihkan anak anak dia.Dia dah penat nengoknya. Dalam setengah jam lepastu keluar pulak anak ketiga dia. Dah tu kiteorang biar jelah.
 
 
 
 
*gambar sekadar hiasan
 
Malam sebelum tidur tengok anak Gracey dah ada tiga. Comel semuanya. Kuota dah cukup. 1 aku 1 alisya 1 apis. Lepastu mak aku terus tutup pintu and tidur. Aku ni sebelum nak lelap asyik teringat je kat Gracey. Tiap tiap malam dia tidur dengan aku. Maunya tak rindu. Walaupun bilik sebelah aje.
 
Pukul 4 pagi aku terjaga. Melilau cari Gracey baru teringat dia kat bilik mak. Haihh. Maklumlah tengah mamai. Dahtu tidur balik lah.
 
Pagi tadi pukul 8 aku bangun terus straight pergi bilik mak tengok Gracey. Tup tup anak dia dah empat. Aitt,bila masa keluarnya ni. Sedih tak dapat tengok beranak yang keempat. Huhu. Apa apa pun aku happy Gracey dengan anak anak dia dah selamat menjadi satu keluarga.
 
Lepas tu mak suruh aku basuh pinggan,mandi and now dah kat office. I miss Gracey! And her kittens. Kakak aku pulak beria pikiorr nama anak kucing tu. Sibuk je. Selalu tak suka Gracey. Hehhh
.
 
*gambar sekadar hiasan.
 Nak anak Gracey banyak macamni!
 
 
Okeylah. Cukuplah setakat ini. To Gracey @ ArabellaGraceyGarcia (nama taknak kalah kau!) semoga menjadi ibu kucing yang baik. Muehehe. Kbyeee!
 
 
 
 
 
 
#notakaki : boleh tengok aku meroyan pasal Gracey  kat sini malam tadi. Jangan lupa follow. Haha.
 
 

Wednesday, August 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Salam semua.




Okey. Harini dah genap seminggu kita berhari raya. Baru harini ingat ada belog. Auchh. Give 5 to cheeks. Haha.

Di kesempatan ni,ai menyusun 10 jari tangan 10 jari kaki mintak ampun dan maaf kat semua makhluk yang pernah terasa hati dengan ai. Lagi lagi belog kecintaan yang selalu dilupakan ni. Im sorry. Kikikiki.

Semoga syawal kali ini sentiasa diwarnai dengan keceriaan. Insyallah. Alhamdulillah.