Tuesday, May 28, 2013

A Days In UTM.

Salam semua.

Sekarang ni aku tengah menghabiskan masa dekat Universiti Teknologi Malaysia. Suasana kat sini seronok laa jugak. Maybe sebab aku bercuti kot. Kawan aku yang belajar kat sini cakap lain pulak ceritanya.

Petang semalam kiteorang pusing pusing laa satu UTM ni,sesat sesat jugak laa. Malu je. kawan aku yang dah year 2 dalam ni pun sesat jugak. Kikiki. Lepak lepak kat tasik sambil tengok itik terkedek kedek,ehh macam comel pulak. Padahal tengok itik kat tempat lain rasa kotor,geli je.

Memang cantik and sweet sangat kat sini. Nanti gambar kahwin nak tangkap kat tasik ni buleh dak?? Kikiki.




Dah lepas lepaking kat tasik tak sampai 5minit,kawan aku yang belajar kat UTM ni dah potpetpotpet macam cik kiah halau halau kiteorang pegi taman rusa pulak. And guess what i found? Kat situ memang ada banyak kot rusa. Maybe sebab tu lah namanya taman rusa kan. Haha. Okey,sila pelempang diri sendiri kalau ade perasaan tak puas hati ye. -_-"





Niat dalam hati ingat nak pergi lah berkunjung kat semua fakulti,maklumlah iteww ni bukan budak U kan tapi disebabkan gerimis mengundang + masa singkat sangat so terpaksalah llupakan je niat murni lagi kudus tu. Ohh sadisnya rasa. Gambar sikit je sebab semua kat dalam kamera. Part II lah jawabnya. Haha. Membajet pulak ye. 

Kesimpulannya,berjalan bersiar makan angin memang best. Kalau belajar kat sini,sampai botak kepala pun tak tentu lagi best.

Kla,till then. Kbye!


Thursday, May 16, 2013

Warkah Buat Semua Pengguna Jalan Raya di Malaysia.

Salam semua.


Kehadapan semua pengguna jalanraya di Malaysia,saya dotdotdot mewaliki semua penunggang motosikal yang ada kat Malaysia ni. Yang luar dari Malaysia tu malaslah saya nak campur sebab saya ni warganegara Malaysia.
Walaupun saya dah lama meninggalkan arena permotoran,tapi saya tetap memahami perasaan mereka. So dengarlah luahan hati kami ni ye. Buka mata dan telinga tak lupa juga buka hati besar besar ye.
Kami tahu kami ni kecik,kadang kadang tak perasan pun kami ni kan. Sebab tu kami ni selalu jadi mangsa korban. Tapi tolonglah faham,kami pun ada keluarga jugak. Sama macam anda semua. Kami naik motor sebab senang untuk kami bergerak. Senang nak cilok cilok kalau dah lambat sangat. Bukan sebab kami ni miskin ataupun takde kenderaan yang lagi besar ye.
Kepada kenderaan yang bertayar empat,lima,enam dan ke atas,tolonglah bagi signal bila nak memotong tu. Janganlah main masuk je. Walaupun anda rasa kami jauh lagi dan mungkin sempat anda mencelah,itu pun dah boleh buat kami terkejut dan kemalangan okey.
Kami ada laluan kami sendiri. Semua pun mesti tahu laluan kami ni kecik je kan. Sama macam kami,jadi janganlah anda semua menyelit di laluan kami jugak. Laluan yang sempit tu bertambah sempitlah. Simpatilah sikit pada kami ni.
Kalau brek tu,janganlah tiba tiba brek. Kalau kami terkejut,mahu terbang kami atas kenderaan anda. Ini bukanlah aksi spiderman ataupun cicakman. Kami lebih hebat kerana lebih real okey. Dan cedera tu pun real okey.
Oh ye. Dah panjang panjang taip,lupa pulak. Saya ni penunggang perempuan. Kadang kadang bila ada pemandu lori hon tu,rasa nak tercabut jantung tahu tak. Suka ke tengok kaum wanita ni kemalangan hah? Tak kan lah tak tahu yang bunyi hon tu kuat nak mampus.
Okeylah. Sekian sahaja bebelan saya ni. Saya berharap semua pemandu akan lebih berhati hati. Tolonglah buat buat nampak kami ni. Kami pun nak gembira macam anda semua jugak. Sekian terima kasih. Majulah sukan untuk Negara!

Selamat Hari Guru.

Salam semua.



Wah harini sudah 16 Mei. So SELAMAT HARI GURU untuk bakal cikgu,cikgu praktikal,cikgu cikgu dan jugak guru besar. Terima kasih sebab sudi mencurahkan ilmu pada kami.
Oh ye. Dah empat tahun aku tinggalkan alam persekolahan dan beberapa bulan alam kolej. Rasa macam ouhh erkk urkk betul ke ni. Dah dewasa rupanya aku ni ye. Kikiki.
Apa apa pun aku nak berterima kasih kat semua cikgu yang pernah hadir dan tak lokek menyumbangkan ilmu kat aku. Walaupun aku ni takdelah dalam kategori budak genius,dalam kategori konon konon pandai pun jadilah. Huhu.
Dulu waktu tingkatan 4 or 5,lupe dah,aku and classmate ada buat video untuk semua cikgu kat sekolah kiteorang. Tapi silapnya,video tu tak sempat nak upload kat Youtube. Pulak tu laptop kesayangan aku dah meletop kebabomm sebab pakcik aku over main game,maka dengan itu punahlah juga segala sweet moment dalam video tu. Sentapp ni!
Dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 kelas kiteorang yakni 1,2,3 Intelek dan 4,5 Sains Tulen memang famous amos di kalangan semua cikgu. Sebabnya?
1.       Kelas pertama
2.       Paling bising
3.       Paling nakal
4.       Kelas selerak
5.       Kelas 3G – gila,gempak,glamor
Nasib baik cikgu cikgu sudi jugak walaupun banyak cikgu yang sentap and tak sanggup nak ajar kat kelas kiteorang. Cikgu cikgu tough je yang mampu tau. Andaikata aku jadi cikgu pun,sumpah aku taknak mengajar kalau kelas sama sebijik macam kelas aku. Kahkahkah.
Ni semua senarai cikgu cikgu yang dah banyak berjasa. Allah/Tuhan je yang mampu balas semua kebaikan cikgu cikgu semua.
Tadika –
Cikgu Ala
Primary –
(bm) cikgu hishamuddin,cikgu haliza awi
(bi) teacher teh,teacher zarina,teacher salmah
(mt) cikgu nor hayati
(scn) cikgu faridatol akma
(aga) ustazah wan zainun
(kh) cikgu rozeli
(muzik) cikgu puteri
Secondary –
(bm) cikgu mohzir,cikgu fatimah,cikgu zamanhuri
(bi) teacher lee bee yong,teacher khalidah,sir jamidi
(math) sir aizu,cikgu rozalita
(seni) cikgu roslan
(muzik) cikgu rozman,cikgu kamarulzaman
(khb) cikgu hasidah

(addmath) cikgu mat sahuri
(pis) ustazah jannati,ustazah noraini,ustaz zubir
(fizik) cikgu rohayati
(biology) cikgu sarimah
(chemist) cikgu norizawati


*nama cikgu yang saya terlupa,saya mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku ye.

Sekian sahaje. Terima kasih cikgu! Kbye.

p/s : rindu nak tengok cikgu menyanyi lagu temalah. Huhu.



Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu.

Salam semua.

 
 
Tiap tiap tahun pun sama je,memang family aku tak sambut hari ibu ni. Mak pun cakap dia tak suka tapi dalam hati mana aku nak tahu kan. Bagi aku hari mak ialah pada hari lahir dia. Itulah hari yang paling special untuk mak.
 
 
Petang tadi aku balik kerja awal sebab tauke aku nak balik umah mak dia untuk celebrate. Dia cina so aku tak kisah lah sangat kan. Balik kerja je aku terus wish Happy Mothers Day kat bos aku through sms.
 
Takpe,hari mak aku nanti bulan 12. Aku nak simpan duit untuk hadiahkan mak aku cincin or gelang. Wish me luck. Btw,hapy mothers day to all mother in this world.
 
* mak,i love you!
 
* mak edok,i love you! semoga cepat sembuh.
 
* opah merangkap pengganti arwah mama mertua,i love you! 
 
 
Till then,kbye!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nuffnang & Blog.

Salam semua.



Hari ni aku TERrajin pulak. Tetiba aku teringat pasal email dari Nuffnang.  Penat dah aku buat entry sekreatif yang boleh,tetiba aku ternampak yang contest tu untuk yang gliterrati je. Hampa, kecewa mak nokss! Teruslah aku lupakan je pasal entry yang dah penat aku type tu.

Salah aku or salah Nuffnang ye? Huhu. Takpelah, sekarang maybe bukan rezeki aku untuk join apa apa related tu Nuffnang sebab aku pun still mentah lagi dalam dunia blogging ni. Sekarang ni aku tengah berusaha nak letak iklan kat blog. Agk memeningkan jugak sebab template kan dah baru. Tutorial sume untuk template yang lama.

Tadi aku saja bukak website Nuffnang and rasa nak melompat tinggi tinggi sebab dah ada 25sen. Oh, memang ciput tapi aku dah rasa bahagia jugak sebab tu tanda usaha kan. Ingat senang senang ke boleh dapat 25sen tu? Hehh -.-" marah ni, teheeeeee =P

Okeylah, doakan aku berjaya menjana lebih site income. Nak beli laptop, baru senang nak post entry. And moga moga saya mampu menjadi ahli glitterati.

Till then, kbye!


Liburan di Cameron Highlands.

Salam semua.

Semalam encik tunang datang melawat aku kat Cameron Highlands. So daripada bosan dia tengok muka aku,aku tengok muka dia,kiteorang pun decidelah untuk melancong ke Cameron Highlands. Wahh melancong konon,padahal memang aku menetap kat sini buat masa ni okey. Huhu. Masa depan tak tahu lah lagi. Aktiviti memang berjalan,makan and bergambar aje.








 Lokasi pertama ialah Cameron Valley Bharat Group Tea House. Kat sini kalau rajin bolehlah daki gunung teh tu sambil feeling feeling hindustan ke titanic ke kat atas. Nampak sangat aku ni malas nak mendaki. Cadangan encik tunang ialah suruh aku naik ke atas,dia tunggu kat bawah and tangkap gambar je then aku turunlah sendiri. Ohmymy. Memang tak lah kan.






Lokasi kedua ialah Al Mashoor Strawberries Cameron Highlands. Deko kat dalam ni memang cantik. Tempat ni kira barulah jugak. Cawangan kedua. Yang main HQ kat Tanah Rata. Kalau lalu je mesti nampak tempat ni sebab memang kat tepi jalan. Boleh petik stoberi sendiri kat sini then bayarlah ye. Takkan dapat free pulak,ye dakk.





Lokasi ketiga ialah Cameron Tringkap Bee Farm. As you all can see,free entrance. Kalau sesiapa yang minat lebah,memang patut masuk kat sini. Dapatlah kenal lebah dari seluruh dunia. Andai kata suatu hari nanti korang kena sengat lebah,bolehlah tahu lebah apa yang sengat korang tu. Hebakk kan.






Lokasi keempat ialah Unc Sam Farm. Kat sini tak ramai orang. Kena mendaki sikit kat sini. Yang best and awesome kat sini,boleh tangkap gambar then terus buat frame. Yang tak awesomenya,waktu aku datang ni semua booth tutup. Mencik ah camni. Taknak datang lagi -.-" tetiba jee.






Wa memang paling paling suka tempat ni wa cakap sama luu. Sebabb? Nampak tak wa pegang apa tu. Icecream Magnum Chocalate Brownie okey! Ciss. Itu takde kaitan pun kan. Kikiki. Tapi siyesly tempat ni memang best. Tepi jalan betul betul turun S corner tu. Kat kiri kanan cafe. Suasana santai je. Minum teh and makan cheese cake sambil ditiup angin sepi sepoi. Hebakk gila kott! And yang paling penting,Harga icecream tu takdelah cekik darah sangat. Hahaha.






Lokasi kelima ialah Kea Farm. Sini kira syurga beli barang murah lah. Semua barang ada. Memang tempat ni pack gila sebab ramai orang. Jalan pun semestinya jammed okey! Gambar takde sebab lupa nak amik. Terleka buat video je. Huhu. Nak barang murah,mailah datang sini.







Tempat keenam ialah YZ Agro Farm. Waktu jumpa tempat ni memang aku eksited tahap kuasa kuda sebab jelez tengok Izara and Aiman beromantic kat depan tempat ni dalam Vanilla Coklat. Finally dapat jugak aku sampai ke sini. Tapi beromantic macam diorang tu takde lah. Iteww kan belum kahwin. teheeee =P

Huhh,panjang dah entry melancong ni. Yaa,aku pun berjalan dari pagi sampai malam. Malam aku pergi pasar malam and makan steamboat je. Okeylah. Btw,this is my first travelloge entry. Lepas ni nak pergi melancong banyak tempat lagi. SYS.

Till then,kbye!

Wednesday, May 8, 2013

Mencabar Diri - Part 1.

Salam semua.

Yesterday evening,i was watched tv programme in TLC channel. It was a really good show. The title is Extreme Makeover - Weightloss Edition.

The story is about Ashley,a 20th years old girl with a weight of 300+ pounds. But a year later,she succed to achieve a weight of 100+ pounds. That a huge amount and she proud of herself. If I were in her shoe,I also wil be totally 1000% proud of myself. So has she inspire me to become like her.


So I decide to challenge myself. She tooks one year to slim but I only want to take two months. So I will start effectively when I already quit from my job and stay in my hometown. Wish me luck.
Till then,kbye!

Sunday, May 5, 2013

Serba Salah.

Salam semua.



Sekarang ni aku tengah dalam dilema. Umpama cerita dilema wanita yang hari hari aku tengok kat Astro tiap tiap pagi tu. Begini kisahnya. Jengjengjengg...

Seperti yang dah tahu or ohh baru tahu,aku sekarang kan menetap kat Cameron Highlands. Family aku still at Teluk Intan laa just aku je yang tercampak kat sini. But im not alone here. Pakcik and makcik aku warga tetap sini,so it is not a problem for me.

Makcik + Pakcik 1
Makcik + Pakcik 2
Makcik + Pakcik 3

Aku sekarang stay dengan makcik + pakcik 1. Minggu lepas mak and abah datang sini,dia bincang bincang dengan makcik + pakcik 2 suruh aku duduk rumah diorang pulak. Semalam aku cakap kat makcik 1 kalau aku duduk rumah makcik 2 pulak takpe ke? Makcik 1 macam terkejut then dia tanya dah tak suka duduk rumah dia ke. Aku dah speechless. Bukan tu maksud aku.

Finally makcik 1 cakap takpe laa. Duduk lah rumah makcik 2 dulu,nanti kalau dah bosan pindahlah sini balik. Dalam hati aku macam erkk erkk. Pindah 5-6 hari aje pun. Lagipun malas nak angkut semua barang.

So sekarang ni aku pun dah tak tahu macam mana. Maybe hari ni aku pindah? Mungkin aku stay sahaje? Entahlah. Aku benci keaadan macam ni. Oh ya,ada satu lagi story.

Aku dah nak berenti kerja. Tapi aku tak tahu minggu ni or minggu depan. Dilema lagi satu. Huhu. Bos aku baik. Tak sampai hati aku nak cakap aku nak berenti. But yang sebenarnya,aku dah tak boleh nak stay lebih lama kat negeri orang,rumah orang,tempat orang.

Haihh taktahu lah. Hidup ini satu pilihan. Kena buat keputusan.

Till then,kbye!