Thursday, December 29, 2011

Tips to be Shared ; Nak kurus nak kurus!

Hello peops!

Rasanya dah lama tak berkongsi tips dengan korang kan. Biasalah lah,hidup ini terlalu sibuk. Cis kononkonon laa -.-"

Okey tanpa melengahkan masa lagi,mari kita lihat cara caranya. Dan ofkos lah kena diet kan. muahahaha. Taknak mainmain dah oke :)

1. Jangan skip SARAPAN ataupun bahasa omputehnya BREKPES. Sebab? Sebab bila kita tak makan pada waktu pagi,kita akan lebih cenderung nak makan banyak lunch nanti. Perut dah berbunyi lagu moves like jeggar,so mesti nak kena isi kan.

2. SARAPAN pulak jangan lah kau melantak roti canai or nasi yang berlemak lemak. Tahukah anda bahawa nasi lemak dan roti canai adalah sumber makanan yang mempunyai kolestrol yang teramat tinggi mengalahkan Gunung Kinabalu? Ya,mesti anda sudah tahu kan sebab saya baru bagitahu. Bijak bijak.

3. TIMBANG BERAT setiap kali sebelum dan selepas makan. Sebab? Boleh laa tau berat awak tu makin naik ke turun. Dan pastikan timbang setiap hari okey.

4. Elakkan ikut KATA HATI. Maksudnya? Bila hati korang terasa nak makan aiskrim,korang pun lantas membeli aiskrim tapi makan dalam kuantiti yang sikit. Habis tu bayangkan kalau terasa nak makan KFC,Pizza CheezyBite,Prosperity daging.etc. Kalau semua tu korang makan dalam kuantiti yang sikit,sama je makan semua tu and terus je habiskan. Takkan kau taktahu pepatah "sikitsikit lamalama jadi bukit"

5. BERSABAR! Jangan berharap sangat yang seminggu dah boleh kurus. Dah kompem kerat jari ayam pun orang tak percaya. Sekurang kurangnya maybe 1 or 2 kilo boleh turun dalam masa seminggu. Yang turun lebih lebih tu mesti makan ubat kurus ataupun tak makan langsung. Wa tau laa beb.

Okey.itulah sahaje tips nak kurus untuk masa ini. Selamat mencuba walaupun korang semua dah tahu semua ni sejak azali lagi. Muahaha. Cheers up!


Antara Dua Boipren. Pilihan???

Hello peops!
Salam year end sale << ade kena mengena tak?muahahaha

Okey. Lagi bape hari je dah nak say byebye kat 2011. Sedih sebab impian aku tahu ni macam tak dapat je semua. Takpe,impian boleh carry forward. kankan??

Dah penghujung tahun ni,aku rasa hati aku makin berubah. Aku rasa dua dua best,baik tapi mustahil untuk aku pilih dua dua. Kenapa mesti terciptanya yang satu lagi tu? Huhh.

Samsung Corby II


Samsung Galaxy Y

Dua dua sedap di touch. Kalau ikut hati aku nak Samsung Galaxy Tab je,baru puas hati. Tapi di sebabkan tu nak dijadikan hantaran aku nanti,pendam je lah dulu. So memang aku dah kompius nak pilih yang mana ni. Mesti ramai suggest aku patut ambik Galaxy Y kan sebab itu yang latest. Aku memang na jugak tapi batang hidung dia pun aku tak pernah nampak,macam mana aku nak tahu best ke tak. (ehh,batanghidung?kompem sampai mati pun takkan ku jumpa kan,muhahaha)

So kejap lagi aku nak keliling semenanjung malaysia termasuk sabah dan sarawak tuk cari menatang Galaxy Y ni. Haa,sapa nak join,hallohallocafe aku,kakakaka

Okeylah,aku nak lunch sambil tengok Boy Over Flower. Cheers up!


Tuesday, December 27, 2011

Selamat Hari Natal :)

Hello peops!
Selamat Bercuti Sekolah *gile ape aku ni,rasenya sekolah dah nak start balik,muahaha

Oh ye,walaupun memang dah lambat,aku still nak ucapkan jugak kat semua makhluk yang beragama Kristian, " Merry Krismas! "




p/s : biar lambat asal selamat. takde kena mengena kan. muahaha

Sunday, December 18, 2011

Secebis Rindu. tak main lah Ombak Rindu dah.

Hello peops!

Rindu gilak babai nak hupdate belog wei. Kesian belog ni aku tinggalkan sampai aku rasa sarang anai anai dah kemain eksited nak menetap kat sini. -.-"

Seriusly aku memang tak suka posting kali ni. Aku rasa aku telah jauh terpisah diriku dan dirimu (tetbe terkeluar lagu 6th sense pulaks)  dengan belog ni. Mencik mencik!

Aku rasa bulan ni dah nak habis,tapi aku baru nak hasilkan seketul entry yang tak berilmiah. Tak macho je aku rasa. Haha. Takpe,aku sentiasa bersabar meniti hari menjelang Krismas. Nanti aku tebus balik apa yang aku sengaja tinggalkan.

Okeylah,aku dah taktahu nak tulis apa,korang doakan Krismas cepat cepat datang ye. Aku rasa macam dah dengar je nasi paprik mak panggil panggil aku *kecur ayo liyo tetbe

Cheers up!

Monday, November 28, 2011

I Love You!

Hello peops!


Tetiba aku rasa aku dah terjatuh cinta dengan lagu ni. Tiap kali mrBF call,mesti mulut aku lancar je nak nyanyi lagu ni. So jom layan.


Cheers up!

JURNAL KUANTAN | 1

Hello peops!
Salam maal Hijrah.

Alhamdulillah kika dah selamat sampai Kuantan sabtu lepas. Rela tak rela dah tiga hari jadi warga kuantan. Esok dah kena masuk wad. Seriau je bunyinya.

So di sebabkan ke-seriau-an yang teramat kat hospital yang maha busy gila ni,kika decide nak buat entry sepanjang dua bulan terseksa kat sini. Okey dak?

So sepanjang tiga hari kat sini..

Day 1 : dari KL ke Kuantan makan masa 4jam perjalanan. Kerja wajib dalam bas mestilah makan sumbat telinga dengan earpiece dan di wajibkan dengan tidur. Haha. Sampai je tepi jalan Jalan Wong Ah Jang,semua berlari nak pergi duduk kat banglo. Aku dengan kadar slumber pergi kat shoplot. Tak kisah laa kat mana mana janji tempat tidur ada. Petang kemas kain baju lepas tu tidur lagi laa.Malam pergi jalan jalan cari makan kat kedai seberang jalan.

Day 2 : bangun tidur and siap siap pergi Kuantan Parade. Seriously bosan. Beli barang kat The Store. Mahal. Kopak duit aku kalau hari hari kena beli barang kat sini. Shoping sampai petang. Balik rumah naik teksi and sampai terus cuci muka and kaki maka wajiblah tidur. Bangun tidur,bersiap siap pergi lepak and makan kat esplanade. Lepak sampai malam. Before balik tapau nasi lemak simple.

Day 3 : bangun terus basuh baju. Then makan megi tomyam. Cis,ingat kat KL je aku makan megi kat sini pun kena jugak -.-" Skarang ni online. Esok nak kena kerja. Fuihh.

Okeylah,setakat ni aje hari aku. Jumaat nextweek baru hupdate coz baru dapat cuti. Cheers up kika!


Thursday, November 24, 2011

Gendang gendut tali kecapi,kenyang perut suka hati.

Hello peops!

Mood gembira sudah tiba. Final exam dah pergi jauh jauh. Seronoknya. Lepas ni cuma perlu me-nervous-kan diri tunggu result pulak. Harap harap DEKAN. Amin.

As usual dalam hidup,lepas satu pergi mesti akan ada satu yang datang. Terlatest sekali dari kandang is malam ni and esok kena mengemas kain baju. Selalunya kemas baju balik kampung,kali ni kena kemas baju untuk pergi praktikal kat kuantan pulak. Cis -.-"

Nasib baik hari isnin cuti umum,so dapatlah aku berjimba dengan rakyat jelata sekalian. Btw,ada ke orang kuantan yang terbaca belog picisan aku ni? Jom kita beramah mesra nak. Haha.

Oh ye,esok aku nak pergi menimba ilmu kat KL Sentral. Dengar cerita buku kat sana harga durian runtuh kan. Serbu ramai ramai jom. Sesiapa yang kenal aku,sudi sudikan lah diri bertegur sapa ye. *mulalah perasan diva.


Okeylah. Short entry je untuk hari ni. Cheers up!

Thursday, November 17, 2011

Final Examination!

Hello peops!
Salam mintak doakan :) *macam ni pun boleh ek?

Esok dah hari jumaat lepas tu sabtu ahad and isnin dah final. Tetibe terasa,eh,betul ke dah final? haa,itulah luahan perasaan dari seseorang yang bukan study sangat macam aku ni. Im the type of last minutes study student. Ohsem kan begitu.


So untuk itu,terpaksalah korbankan masa ;

1. Update blog

2. BerFB-ing

3. Dating

4. Tengok tv

5. Online.



 Aku akan menjadi sangat depression untuk menjawab paper psychiatric rabu depan. Aduh. Ini semua gara gara terover exciting blajar psy laa ni. Untuk paper lain aku rasa aku still boleh hidup lagi.

So ni last entry untuk masa ini. Lepas final kena siap siap packing barang nak pergi travel ke kuantan. Cis tak suka tak suka -.-"

Oh,lots of thing to study. Better stop now. Kindly please pray for me ye. Thanks!

p/s : student yang bakal dapat dekan macam aku,jadual exam pun tak tahu lagi.Haha.

My Ex Boy?

Hello peops!
Short entry for today.


Kalau soalan ni di tanya kat aku,aku akan jawab YES!

Ada pulak kat belakang yang sokseksoksek " gatal! "

Actually LOVE bagi aku ada dua meanings. Love is Cinta and Love is Sayang. Kalau untuk ex tu dah terang lagi bersuluh laa Love is Sayang kan. Even macam mana aku nak benci pun tak boleh. Bercinta lama,putus senang aje. Takan tak sayang kot -.-"

Lagipun bagi aku tak salah kalau still nak sayang ex. Just jangan yang terlampau sudah lah. Tu saje cari pasal namanya kan. Sayang as kawan kan lebih bagus.

Alhamdulillah lah nasib aku selalu baik. Dapat ex and BF yang baik and understanding. Cuma aku ni je kadang kadang yang tak betul. Haha. Sebab bila dah couple,mesti aku buat endah tak endah je. Waktu mula mula nak masuk line,kena lah tunjukkan kesungguhan,baru dapat. Cis -.-"

So,kepada my ex (cis tak boleh bla) semoga persahabatan kita akan berkekalan okey :)

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday 2# : Jangan Nak Berlagak Sangat Laa Kan!

Hello peops!



Pantun Empat Kerat.

Hello peops!

Sehatkah anda semua? So apa aktiviti menarik yang korang buat hari ni?

Tadi waktu kelas tengahari,mata aku ni punyalah mengantuk tahap cipannya. Disebabkan aku ni pelajar yang berkaliber,so aku tetap pertahankan yang aku takkan tidur dalam kelas. So bagi menjayakan niat kudus itu,aku pun buat lah aktiviti yang sangat berfaedah iaitu mengarang pantun.



Lets check it out!

Raya india banyak manisan,
Kalau nak free jom pergi rumah subashini,
Aku bosan bosan bosan,
Adoi,cepatlah habis kelas ni.

Adik baru tumbuh gigi geraham,
Selalu sakit waktu kat kelas,
Sepatah haram pun lecture ajar aku tak faham,
Nak tanya segan tapi sebenarnya malas.

Masak lempeng sampai hangus,
Sambil masak tengok Andy Lau,
Main handfone lagilah bagus,
Dari tidur karang tak pasal pasal kena halau.

Bila bercakap bagai nak rak,
Bercakap pulak benda sia sia,
Jam statik tak bergerak gerak,
Geram pulak aku tengok,kang tong sampah makan dia.

Pergi berjalan dengan si Aini,
Sambil tu melencong ke pekan,
Final minggu depan masuk pantun ni,
Wah untunglah aku kompem dapat DEKAN.

Haha. So,sekian sahaja pantun untuk hari ini. Kadang kadang baru aku tersedar yang kekretifan aku terserlah bila aku dah teramat bosan. Okeylah,cheers up!

Tuesday, November 15, 2011

Kenapa TaufiqNazli?

Hello peops!

Pagi tadi kelas aku buat lawatan ke rumah warga emas kat setapak. Sekali sekala buat kerja amal best jugak kan. Yang tak bestnya,kenapa ada orang cina je semua? Takde sapa nak jaga diorang dah ke? Tu lah jadi cina,muda muda kaya,anak sayang. Bila dah tua,anak ambik harta,diorang di hantar pergi rumah warga emas pulak. Papepun,dieorang memang ohsem.

Balik dari sana cadang nak tengok real steel kat laptop sebab baru dapat. Sekalinya dalam pendrive hilang pulak,so terbatal lah hajat. So daripada aku buang masa,aku tidur lah. Cis,bukan nak study sedangkan final lagi dua minggu or buat homework yang lecture nak tengok besok -.-"

Lena aku tidur petang tadi. Yang bestnya,sampai mimpi mimpi. Tapi yang aku tak faham,macamana TaufiqNazli boleh masuk dalam mimpi aku? Aku tak kenal dia pun. Tett. Aku kenal dia as blogger kehormat je and kt FB pun pernah lah bertegur sekali je.

Mimpi ni memang mainan tidur kan. Nasib baik aku mimpi yang baik baik je. Winkwink~

So kepada TaufiqNazli,thanks sebab masuk dalam mimpi saya ye. Comel awak berkemeja waktu tu. Haha. Semoga lah awak tak menggam saya okey.

Harap harap malam ni tidur mimpi Zahiril Adzim pulak. Rindu,dah lama tak mimpi dinner dengan dia.

Okeylah,cheers up!

p/s : homework yang bertimbun time! ciss tak suka -.-"

Rambut Oh Rambut.

Hello peops!



Haa si gadis kat luar sana,mesti pernah rasa benda yang sama kan.

Teringat dulu waktu aku freehair. Lambut aku boleh dikategorikan sebagai rambut yang paling lama nak tunggu panjang kat dunia ni. Penyeksaan woo nak tunggu panjang. Paling panjang adalah takat pinggang. Itupun bela dari tingkatan 3.

Waktu aku sem dua,konon konon nak buat rambut spikey,sekalinya tak jadi pulak. Pendek orang tu potong rambut aku. Balik rumah sobb sobb sebab menyesal. Bak pepatah,sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna.

Sebenarnya,kalau bab bab potong rambut ni,mak aku memang tak suka. Kena mintak permission dari abah dulu baru boleh potong or buat rambut. Mungkin waktu nak buat spikey tu aku main buat aje,tak peduli cakap mak abah.tu yang mendapat tu. Huhu.

I miss my curly hair damn much! Even aku buat balik pun takan jadi. So apa lagi nak buat kan,tunggu je laa rambut seciput ni panjang. Nanti boleh buat balik. Yang pasti aku takan potong pendek lagi!

Okeylah. Aku nak meniti hari tunggu rambut panjang. Ciss -.-"

Cheers up :)

Monday, November 14, 2011

Calon Isteri Untuk Lelaki.

Hello peops!

Short entry for today (:

Ada tiga nasihat dari datuk saya mengenai cara memilih calon isteri:

1. Jangan mencari isteri seorang peniaga, kerana bimbang kebiasaan
perniagaannya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia
akan selalu cakap "Mahu yang macam ini tak mahu yang macam tu!"

2. Jangan mencari isteri seorang jururawat, kerana bimbang
kebiasaan di hospital akan terbawa-bawa sampai malam pengantin,
nanti dia akan banyak mengatur dan selalu cakap "Awas jangan banyak
gerak, jangan turun dulu !" kalau tidak pun dia suka cakap "Next"

4. Isteri yang bekerja sebagai polis pun jangan, sebab dia suka cakap
"Stop"

3. Tapi carilah isteri seorang cikgu tadika, kebiasaan di sekolahnya
akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, paling tidak dia akan
cakap "Ulangi perkara ini lima kali"

Winkwink~ So lelaki,buatlah pilihan yang tepat ye agar tyak menyesal di masa hadapan. Haha.

p/s : juzt entry lawak saje ye.

Sunday, November 13, 2011

Contest Sesimple Wanny

Hello peops!

Ini adalah first time kika nak masuk contest. Kalau nak bercerita or buat karangan berformat pasal contest ni kika memang tak tahu. Yang kika buat ni pun tak tentu lagi betul or tak. Try je laa ye. Tuah ayam nampak kat kaki tuah kika sape yang tahu. Haha.

First step :


 Okey. Banner dah tepek.

Second step :


 Okey. Gambar pun dah tepek jugak.

Third step:

Sejarah mengenai gambar ni? Okey. Gambar ni di ambil masa kenduri kahwin kat rumah kawan kika yang tengah tu. Kenapa pilih gambar ni? Okey. Gambar ni seolah olah membuatkan tiga orang kawan yang berjauhan tempat belajar kembali bersatu. Ekspresi and action dalam gambar ni adalah spontan. And susunan ketinggian yang macam bersesuaian pulak. Hehe.

Sebenarnya kika memang suka kat pic ni. Itu je. Harap harap bertuah laa. Winkwink~

Fouth step :

Okey.Dah follow semua penaja yang baik hati.

Okeylah,cheers up!

Relaxation Time.

Hello peops!

Tadi kan aku ada cerita pasal ulat samaph serang bilik aku. So sekarang,aku perlukan ketenangan. Apa yang aku nak buat ye?

Oh ye. Hari ni aku nak buat terapi kaki. Cara yang mudah,simple and tak payah pakai duit banyak pun. Kalau Aku kat rumah,takde lah pakai duit.

Barang barang yang di perlukan :

- Beberapa biji limau (kasturi ke nipis ke limau ais ke pun boleh)
- Air suam suam kuku je
- Besen/baldi/mangkuk jamban pun boleh

Caranya:

1. Letakkan air suam dalam besen.
2. Potong limau and picit limau tu dalam air suam. (dah macam air limau suam je)
3. Rendam kaki selama mana yang korang nak.
4. Limau yang lebih tu,gosokkan kat kuku lepas habis rendam kaki.
5. Bilas,cuci kaki and lihat hasilnya.
6. Potong kuku kaki waktu ni adalah lebih afdhal sebab kuku tengah lembut.

Okeylah,itu sahaje setakat ini. Aku nak pergi buat terapi dah ney. Selamat mencuba and cheers up!

Ulat Sampah Serang Bilik Aku!!

Hello peops!

Salam kesihatan ye. Kenapa kesihatan? Sebab aku rasa aku yang nak pengsan tadi. Nak tau kenapa,jom baca.

Malam tadi kan aku tidur lambat. So bangun lambat tu biasalah kan. Lagipun harini je aku bangun lambat sebab aku stay kat hostel. Kalau aku balik rumah,pukul 7 pagi lagi dah kena bukak mata besar besar and aktif untuk pergi massage free.

Tengah sedap sedap mimpi lunch dengan Zahiril Adzim tetibe aku dengar housemate aku bising bising. Aku bengang! Pantang nenek moyang aku kalau aku tengah date dengan Zahiril,orang kacau. Aku pun terus bangun and mandi untuk segarkan badan.

Dieorang still bising bising even lepas aku mandi. Aku pun tanya lah kenapa. Roomate aku cakap ada ulat sampah. Ulat sampah? erkk,aku geli and benci sebab ulat tu pernah sekali melekat kat kaki aku dulu. Menjerit macam orang kena histeria je aku waktu tu.

Mata aku aktif pandang setiap inci katil aku. Aku takut. Line clear. Lepas tu aku pun start laa kemas katil. Aku angkat Mitochond (bear hijau) untuk letak dia kat tempat asal setelah puas aku sepak sepak dia malam tadi. Sekalinya,bukan main gemuk lagi seekor ulat sampah kat bawah tu. Apelagi,JERIT!!!

Kawan aku buang ulat tu. Eee. Geli. Lepas tu aku sambung kemas balik. Settle. Tetibe aku teringat pasal handfone yang aku simpan kat bawah katil. Aku pun ambik laa. Waktu aku angkat plastik handfon tu,keluar lagi seekor ulat. Cis,bedebah kau! Lalu aku jerit lagi. Rasa nak pitam tapi aku kuatkan semangat. Aku dah tak sanggup. So aku and kengkawan pergi keluar makan. Baru rasa tenang sikit.

Then balik. Aku nampak kain kotor dah menimbun,so aku pun pergilah letak dalam bilik air. Aku masuk bilik untuk ambil sabun bawah katil. Aku angkat plastik sabun tu. Jengjengjeng. Lagi seekor keluar sambil tunjukkan peace. Kurang ajar punya ulat. Malas dah aku nak jerit. Terus aku ambil penyapu and penyodok,aku buang ulat tu jauh jauh.

Aku cakap kat kawan aku,kalau lah aku angkat semua barang kat bawah ni,beratus ratus kot yang keluar. So malam ni aku decide taknak tidur dalam bilik tu. Nasib bilik kosong banyak.

Kawan aku yang asyik buang ulat tu dah demam sebab geli. Kesian dia. Aku still cover macho walaupun dalam hati tuhan aje yang tahu.

So,itulah kisah ulat sampah untuk hari ini. Cis,aku tak kan buat cerita ulat ni dah. Berbangga kembang badan lah ulat tu sebab aku cerita pasal dia. Harap harap badan kau kembang sampai meletop okey!

Dah,aku geli. So cheers up kika!

Aku Masih Remaja Okey!

Hello peops!

Salam 1 Malaysia. Haha.

Entry hari ni nak bercerita pasal remaja dan kemahuan or perangai waktu remaja. Tak lama lagi dah nak masuk 2012. Cepatnya masa berlalu. Macam tak percaya.

Aku kena ucapkan byebye kat belasan sebab aku akan masuk ke puluhan. Aku rasa macam aku ni kecik lagi aje. Tak gaya nak puluhan langsung laa. Ishh,tak caye tak caye.

Dulu waktu sekolah,aku selalu cakap nak cepat jadi besar. Nak kerja. Nanti boleh beli macam macam. Tapi sekarang,aku lebih prefer kalau aku still bersekolah. Tak payah nak fikir masalah negara sangat. Duit belanja RM5 tiap tiap hari dapat. Cis! Aku rindu gila zaman sekolah dulu.

Okeylah,tanpa mmbuang masa mari kita sama sama tengok pic kat bawah ni oke :)


Boleh tak kalau aku nak jadi remaja aje walaupun nanti dah ada cucucicit. Baru ohsemkan. Haha.

Okeylah,aku malas nak menaip panjang panjang. Cheers up!

Akhirnya aku Jumpa Jugak,yeayhh!!

Hello peops!

Apa kabar? Weekend ni nak merewang ke mana? Hati hati memandu okey. Ceh,ayat tak boleh bla.

As a student yang selalu terperap kat hostel and agak kurang bersosial,aku akui aku memang agak ketinggalan zaman laa. Ye lah,tv and radio bukan ada pun kat sini. Kalau nak tau berita semasa pun,usha je newspaper kat kedai. Tak beli,jimat duit. Tunggu orang lain beli baru pinjam. puihh -.-"

Minggu lepas aku balik kampung. Waktu dalam bas baru aku dapat dengar radio. Up-to-date jugak bas ni. Haha. Sekalinya lagu yang aku selalu dengar and aku suka diputarkan. Punyalah kusyuk aku dengar suara sebab aku tak tau tajuk and sapa yang nyanyi lagu tu.

Bila aku balik KL,lajulaju aku bukak youtube. Aku tekan lah delima sebab aku rasa macam iras iras suara diorang. eh betul ke iras iras? tu bukan untuk muka ke? Takpe,itu tak penting. Eja delima pun tak betul sebab it suppose to be ' the lima '. Tapi bukan dia nyanyi lagu tu.

Kawan aku suruh aku nyanyi lagu tu balik sebab selalu tang corus kan dia selalu sebut tajuk. So dengan penuh feelnya aku pun nyanyi lah.

jika denganmu salah ku tak mahu yang benar
kita berdua bersatu.

Haa,tu je lirik yang aku tau. Haha. Then cuba tekan berdua bersatu sekalinya betul pulak. Bangga! So aku terus download lagu ni dengan kadar paling segera. Aku pun tak tau lah kenapa aku suka lagu ni. So layan je lah.

* forteen - berdua bersatu.

Hepyhepyhepy sangat der. Sekarang aku dah hafal. Nyanyi tutup mulut pun boleh. Kau boleh ke? Haha. Okeylah,aku nak layan lagu ni. Jangan kacau. kalau tak aku tembak pakai machinegun baru kau tahu.

Cheers up oke!





Teka Teki

Hello peops!

Malam ni aku bosan. Nak tidur tapi mata taknak terpejam. Jam tepat pukul 3.03 AM. Aku rasa kadang kadang aku memang ada masalah tidur. No wonderlah mata aku dengan panda hampir sama. Cis!

So aku nak bagi korang teka teki. Sape yang jawab paling cepat,aku belanja kitkat. Mau ka? Hantar jawapan kat sini ye : http://www.facebook.com/#!/pages/cikkikablogspotcom/272374202799757?sk=wall kalau suka boleh lah like.

Soalannya..

Dia
Bagai seorang pahlawan
Menjadi pembela
Pada yg tiada upaya

Dengan ketangkasan
Langkah pergerakannya
Menewaskan musuh
Yang membuat angkara
Dialah satria

Biar pun dimana jua
Dia datang dikala malam tiba
Melakukan tugas mulia

Didesa juga dikota
Dia akan memberikan baktinya
Demi hidup aman sejahtera


Siapakah " Dia "?

Okey,itu saje lah soalannya. Sapa cepat,dia dapat kitkat. Itu sahaja setakat ini.

Cheers up!

Entry Khas Untuk Wanita!

Hello peops!
Have a nice day (:

Just short entry for today.

* click untuk proses tumbesaran!


So,anda dalam kategori mana?

Cheers up!

Saturday, November 12, 2011

Makanan Wajib Bagi Pelajar!

Hello poeps!
Salam muhibbah dan Salam satu Malaysia.




A student is a learner, or someone who attends an educational institution. In some nations, the English term (or its cognate in another language) is reserved for those who attend university, while a schoolchild under the age of eighteen is called a pupil in English (or an equivalent in other languages). In its widest use, student is used for anyone who is learning.
                      sumber : wikipedia


Sedikit selingan before masuk topik utama. Hehe.


Mempersembahkan....





Aku rasa,as a student,maggi akan menjadi dalam sebahagian hidup kita. Ye lah,sebab bernas yang boleh aku cakap is sebab maggi is the most cheap berbanding fast/instant food yang lain. Larat ke nak beli KFC tiap tiap hari hah? mau kono polompang lajulaju dengan omak ekau.

Sekali beli dapat 5. Lebih murah berbanding beli satu satu kan.

Teringat dulu waktu dah selesa dengan kengkawan kat sini. Setiap malam masak megi then kongsi makan ramai ramai dalam satu mangkuk besar. Waktu tu bukannya nak kira airliur bercampiur ke hape ke yang penting benda yang di buat tu best. Lagipun tengah lapar,makan nombor satu,benda lain campak ke tepi dulu.

Semua orang cakap makan megi tak elok,rambut gugur and jadi cepat botak. Maybe betul kot. Aku pun taktau. Kalau nak cakap pasal chemical dalam megi tu,aku serah kat orang lain laa sebab aku tak tau pun.



Ni lagi satu yang aku nampak student suka makan. Murah. Baru 80sen. Tapi aku lebih suka roti petak. Then beli kuah kat mana mana kedai,cicah je. Sedap woo. Sekali 5keping aku makan. Haha.

Setakat ni,itu aje makanan murah yang aku tahu. Maybe ade banyak lagi tapi aku still tak di dedahkan kewujudannya,so aku tak tahu. Haha.

Okeylah,selamat malam.



Friday, November 11, 2011

Nama Timangan Dari Kecik Sampai Besar

Hello peops!

Apa khabar? Semoga sihat hendaknya. *cehh,dah macam tulis karangan pulak.

Hari ni aku nak share dengan korang pasal nama panggilan,timangan,glamor aku dari baby sampai lah aku sekarang ni. Bila ingat ingat balik mesti aku senyum sorang sorang. Motif aku senyum? Oh,sebab rindu and kelakar.

Waktu kecik sampai dah besar gedabak ni,family aku still panggil nama yang sama : tka tapi bila ejaan dalam mesej mesti aku tukar sebab aku lebih suka tiqa. Elehh,sama je pun bunyinye kan. Hehe.

Waktu aku Form 1,aku dapat gelaran bulat dalam kalangan senior kat sekolah. Lama woo nama tu melekat sampai kadang kadang cikgu yang sporting pun panggil aku bulat. Serius mula mula aku nyentap bila orang panggil aku dengan nama bulat. Disebabkan keadaan fizikal aku yang agak chubby lagi comel pada waktu tu,aku pun terbiasa and tak kisah dengan nama tu. bak pepatah alah bisa tegal biasa. Ciss.

Waktu aku Form 4,Teacher B.I aku panggil aku norul. Susah jugak nak biasakan sebab lebih senang kalau dia panggil atiqah macam yang cikgu lain panggil. Tapi bila fikir fikir balik,sweet jugak nama tu kan. haha. Lagi satu,memang teacher je yang panggil aku norul,orang lain tak pernah.

Semakin matang,aku tukar nickname lagi. Aku rasa qaqa lebih ladies and sweet gitu loh. Haha. Ramai jugak yang kenal aku dengan nama qaqa. Cincin yang xboy aku bagi pun terukir nama qaqa.

Aku balik kampung. Waktu tu kucing nenek aku baru beranak. Aku culik seekor anaknya dan aku jadikan anak angkat. Aku namakan anak tu kika. Serious aku memang sayang gila kat kika. Uniknya,kika ni ketot je tapi badan dia panjang. Sebab dia mix kucing tempatan and kucing siam.

Adalah beberapa bulan je aku jaga dia. Satu hari Allah tarik roh dia. Gila babeng tersentap aku. Seminggu aku nangis,makan pun tak lalu tidur pun tak lena apatah lagi bila mandi. Ciss,bila putus pun tak macam ni. Waktu tu zaman kegemilangan myspace. So untuk menghargai anakku,aku guna nickname kika sahaje. start tu orang mula panggil aku kika.

Ada satu masa dulu,aku dengan kakak terpengaruh dengan kartun Jepun. Standartlah tu sebab waktu tu Jepun lagi hot berbanding Korea sekarang. jenuh jugak duk pikiaq nama yang best. Lastly aku decide : kuchika orihime. Fewiiitttt!! Aku ada nama Jepun. Jeles lettew -.-"

Zaman facebook pulak naik. Nama aku berubah sebab aku rasa fb ni macam formal. So aku guna sebenar : Atiqah Adnan. Bila fikir balik,nama atiqah dah ramai sangat,so aku tukar jadi Hatiqah adnan. Sama je bunyi kan. Kalau aku tukar jadi Preityqah Zinta Adnan baru dikira melampau kan. Hikhik.

Bila masuk kolej,ada empat orang yang bernama atiqah. Depress kau tahu. So aku tukar nama lain : sayang. Yes. Itulah yang melekat sampai sekarang. Aku tak paksa pun orang panggil aku sayang. Mula mula dulu memang orang menyampah tapi dah lama lama,kalau cakap je sayang,kompem kenal sape. Cube sebut atiqah,sape pun tak kenal aku. haha.

Tapi seriously,aku rindu nama kika. Aku lebih suka orang kenal aku as kika. tapi dah terlanjur jadi sayang so teruskan je lah menjadi sayang.

So itulah nickname yang aku pakai dari kecik sampai sekarang. Korang pun mesti ada nama yang best best kan.

Okeylah,cukuplah sampai disini sahaja. Cheers up!


Entry yang penuh dengan...

Hello peops!

Salam November.

Puihh -.-"

Dah sebelas hari bulan November tapi aku baru ingat nak update. Dulu masa mula mula buat blog baru ni konon nak update hari hari tapi hampeh. Bulan Oktober pun aku tak sempat nak menaip hingga ke penghujungnya. Takpe lah,let by gone be bygone.

Oh ye. Hari ni 11.11.11. Tarikh cantik ke? Aku pun taktau lah sebab bagi aku semua tarikh sama je. Lain orang lain taste. Ramai orang pilih tarikh ni nak kahwin,sambut bufday,menjalinkan relationship,date and macam macam lagi. Sebab senang nak ingat. Maybe.

Lagi 18 hari aku kena pergi posting kat Kuantan. Aku tak suka! Aku nak pergi Sabah. Tapi mak halang keras! Sampai aku tak bertegur lebih dari tiga hari dengan mak. Anak durhaka! Tak,aku tak macamtu. Haih,so balik kampung aku langsung tak cakap pasal posting. Aku taknak mak kecik hati lagi.

Post kali ni secara rawak. Takde kena mengena dengan hidup mahupun mati. Tengok,aku merepek lagi. Sebenarnya idea dah takde. Tapi bila belajar,ilham nak update mencurah curah ke ladang gandum dan akhirnya KOKO CRUNCH. Sebelum merepek berlarutan,better aku stop before aku kena banned.

Okeylah,cheers up!


Monday, October 31, 2011

Mari CUBATRYTEST benda baru!

Hello peops!

Tadi waktu kat kelas,aku terasa bosan yang amat dahsyat. So untuk mengelakkan diri dari terlena,maka dengan tidak membuang masa aku terus ambik buku rojak yang wajib ada dari sekolah rendah sampai lah sekarang.

Lama aku renung buku tu sambil berfikir,apa yang aku boleh buat. Tibatiba tangan kiri aku tercapai pensil,mulalah ilham aku datang. Apakata harini aku cuba buat tulisan buruk dengan tangan kiri.

Actually aku ni right handed so bila dah dapat idea bernas macam tu,rasa seronok pulak. So aku ajak kawankawan aku join untuk tengok hasil tangan kiri masingmasing. And hasilnya..

* hatiqah a.k.a syg / syafiqah a.k.a sya

* rizsonia a.k.a nia / siti aisyah a.k.a mak ecah

So aku panggil sorang budak laki tolong judgekan. Pemenang buruk : sya, pemenang cantik : mak ecah. So kiranya aku dengan nia still boleh tahan lah kan.

Teringat waktu sekolah dulu,kalau adik aku tak siap homework,dah sure mak aku suruh tolong adik aku buat homework dia. Tapi adik aku pandai,dia suruh aku yang buat. Mak aku taktau pun. So disebabkan tulisan aku terlalu kemas,kalau buat macam biasa kompem kantoi kan,so jadilah left handed kejap.

Ramai orang cakap,lefthanded ni pandai. Aku pun taktau lah. Tak penah dapat kawan lefthanded. Tapi maybe betul kot sebab dia berfikir guna otak kanan. Faktafakta ni aku taktau sangat. Haha.

Okeylah,kalau nak boleh lah cuba. Cheers up!



Hijau! Part of my LIFE.

Hello peops!


Warna hijau dah menjadi sebahagian dari hidup aku. Bila nampak stuff warna hijau,mulalah hormone aku terangsang dengan rakusnya. Aku jadi separuh gila,separuh je okey bila aku tak dapat beli stuff gegemaran aku yang berwarna hijau.

Setakat ni,apa yang aku mampu is..














* kamar beradu aku.

Dinding tak boleh nak cat sebab ni harta kolej,kalau tak da lama aku warnakan denagan warna hijau. Yang paling paling aku sentap,aku tak dapat beli monster hijau ni. Mahal sangat. Sampai beratus. Aku ni student je,nak makan pun terkangkang kangkang lagi,memang tak laa kan kalau nak beli. 

ohsemkan monster hijau aku ni.

So ni lah secebis barang hijau aku. Nak uplod banyakbanyak lembap laa pulak. So dah terbukti aku peminat hijau kan. Kompem kawen nanti tema hijau. Winkwink~

So,apa warna fav korang??

Cheers up!