Sunday, November 13, 2011

Akhirnya aku Jumpa Jugak,yeayhh!!

Hello peops!

Apa kabar? Weekend ni nak merewang ke mana? Hati hati memandu okey. Ceh,ayat tak boleh bla.

As a student yang selalu terperap kat hostel and agak kurang bersosial,aku akui aku memang agak ketinggalan zaman laa. Ye lah,tv and radio bukan ada pun kat sini. Kalau nak tau berita semasa pun,usha je newspaper kat kedai. Tak beli,jimat duit. Tunggu orang lain beli baru pinjam. puihh -.-"

Minggu lepas aku balik kampung. Waktu dalam bas baru aku dapat dengar radio. Up-to-date jugak bas ni. Haha. Sekalinya lagu yang aku selalu dengar and aku suka diputarkan. Punyalah kusyuk aku dengar suara sebab aku tak tau tajuk and sapa yang nyanyi lagu tu.

Bila aku balik KL,lajulaju aku bukak youtube. Aku tekan lah delima sebab aku rasa macam iras iras suara diorang. eh betul ke iras iras? tu bukan untuk muka ke? Takpe,itu tak penting. Eja delima pun tak betul sebab it suppose to be ' the lima '. Tapi bukan dia nyanyi lagu tu.

Kawan aku suruh aku nyanyi lagu tu balik sebab selalu tang corus kan dia selalu sebut tajuk. So dengan penuh feelnya aku pun nyanyi lah.

jika denganmu salah ku tak mahu yang benar
kita berdua bersatu.

Haa,tu je lirik yang aku tau. Haha. Then cuba tekan berdua bersatu sekalinya betul pulak. Bangga! So aku terus download lagu ni dengan kadar paling segera. Aku pun tak tau lah kenapa aku suka lagu ni. So layan je lah.

* forteen - berdua bersatu.

Hepyhepyhepy sangat der. Sekarang aku dah hafal. Nyanyi tutup mulut pun boleh. Kau boleh ke? Haha. Okeylah,aku nak layan lagu ni. Jangan kacau. kalau tak aku tembak pakai machinegun baru kau tahu.

Cheers up oke!





No comments:

Post a Comment