Friday, November 11, 2011

Nama Timangan Dari Kecik Sampai Besar

Hello peops!

Apa khabar? Semoga sihat hendaknya. *cehh,dah macam tulis karangan pulak.

Hari ni aku nak share dengan korang pasal nama panggilan,timangan,glamor aku dari baby sampai lah aku sekarang ni. Bila ingat ingat balik mesti aku senyum sorang sorang. Motif aku senyum? Oh,sebab rindu and kelakar.

Waktu kecik sampai dah besar gedabak ni,family aku still panggil nama yang sama : tka tapi bila ejaan dalam mesej mesti aku tukar sebab aku lebih suka tiqa. Elehh,sama je pun bunyinye kan. Hehe.

Waktu aku Form 1,aku dapat gelaran bulat dalam kalangan senior kat sekolah. Lama woo nama tu melekat sampai kadang kadang cikgu yang sporting pun panggil aku bulat. Serius mula mula aku nyentap bila orang panggil aku dengan nama bulat. Disebabkan keadaan fizikal aku yang agak chubby lagi comel pada waktu tu,aku pun terbiasa and tak kisah dengan nama tu. bak pepatah alah bisa tegal biasa. Ciss.

Waktu aku Form 4,Teacher B.I aku panggil aku norul. Susah jugak nak biasakan sebab lebih senang kalau dia panggil atiqah macam yang cikgu lain panggil. Tapi bila fikir fikir balik,sweet jugak nama tu kan. haha. Lagi satu,memang teacher je yang panggil aku norul,orang lain tak pernah.

Semakin matang,aku tukar nickname lagi. Aku rasa qaqa lebih ladies and sweet gitu loh. Haha. Ramai jugak yang kenal aku dengan nama qaqa. Cincin yang xboy aku bagi pun terukir nama qaqa.

Aku balik kampung. Waktu tu kucing nenek aku baru beranak. Aku culik seekor anaknya dan aku jadikan anak angkat. Aku namakan anak tu kika. Serious aku memang sayang gila kat kika. Uniknya,kika ni ketot je tapi badan dia panjang. Sebab dia mix kucing tempatan and kucing siam.

Adalah beberapa bulan je aku jaga dia. Satu hari Allah tarik roh dia. Gila babeng tersentap aku. Seminggu aku nangis,makan pun tak lalu tidur pun tak lena apatah lagi bila mandi. Ciss,bila putus pun tak macam ni. Waktu tu zaman kegemilangan myspace. So untuk menghargai anakku,aku guna nickname kika sahaje. start tu orang mula panggil aku kika.

Ada satu masa dulu,aku dengan kakak terpengaruh dengan kartun Jepun. Standartlah tu sebab waktu tu Jepun lagi hot berbanding Korea sekarang. jenuh jugak duk pikiaq nama yang best. Lastly aku decide : kuchika orihime. Fewiiitttt!! Aku ada nama Jepun. Jeles lettew -.-"

Zaman facebook pulak naik. Nama aku berubah sebab aku rasa fb ni macam formal. So aku guna sebenar : Atiqah Adnan. Bila fikir balik,nama atiqah dah ramai sangat,so aku tukar jadi Hatiqah adnan. Sama je bunyi kan. Kalau aku tukar jadi Preityqah Zinta Adnan baru dikira melampau kan. Hikhik.

Bila masuk kolej,ada empat orang yang bernama atiqah. Depress kau tahu. So aku tukar nama lain : sayang. Yes. Itulah yang melekat sampai sekarang. Aku tak paksa pun orang panggil aku sayang. Mula mula dulu memang orang menyampah tapi dah lama lama,kalau cakap je sayang,kompem kenal sape. Cube sebut atiqah,sape pun tak kenal aku. haha.

Tapi seriously,aku rindu nama kika. Aku lebih suka orang kenal aku as kika. tapi dah terlanjur jadi sayang so teruskan je lah menjadi sayang.

So itulah nickname yang aku pakai dari kecik sampai sekarang. Korang pun mesti ada nama yang best best kan.

Okeylah,cukuplah sampai disini sahaja. Cheers up!


No comments:

Post a Comment