Wednesday, November 16, 2011

Pantun Empat Kerat.

Hello peops!

Sehatkah anda semua? So apa aktiviti menarik yang korang buat hari ni?

Tadi waktu kelas tengahari,mata aku ni punyalah mengantuk tahap cipannya. Disebabkan aku ni pelajar yang berkaliber,so aku tetap pertahankan yang aku takkan tidur dalam kelas. So bagi menjayakan niat kudus itu,aku pun buat lah aktiviti yang sangat berfaedah iaitu mengarang pantun.



Lets check it out!

Raya india banyak manisan,
Kalau nak free jom pergi rumah subashini,
Aku bosan bosan bosan,
Adoi,cepatlah habis kelas ni.

Adik baru tumbuh gigi geraham,
Selalu sakit waktu kat kelas,
Sepatah haram pun lecture ajar aku tak faham,
Nak tanya segan tapi sebenarnya malas.

Masak lempeng sampai hangus,
Sambil masak tengok Andy Lau,
Main handfone lagilah bagus,
Dari tidur karang tak pasal pasal kena halau.

Bila bercakap bagai nak rak,
Bercakap pulak benda sia sia,
Jam statik tak bergerak gerak,
Geram pulak aku tengok,kang tong sampah makan dia.

Pergi berjalan dengan si Aini,
Sambil tu melencong ke pekan,
Final minggu depan masuk pantun ni,
Wah untunglah aku kompem dapat DEKAN.

Haha. So,sekian sahaja pantun untuk hari ini. Kadang kadang baru aku tersedar yang kekretifan aku terserlah bila aku dah teramat bosan. Okeylah,cheers up!

No comments:

Post a Comment