Wednesday, March 21, 2012

Tension sampai nangis,korang mampu ke?

Hello Assalamualaikum semua!
Semoga sihat sejahtera.



Sekarang ni aku rasa 24jam memang langsung tak cukup! Aku rasa 24jam ni sekejap sangat. Sekarang memang aku dalam keadaan stress yang sangat tapi aku still mampu manage stress tu.


Even nak final pun aku tak seSTRESS ni. Homework,assignment,presentation,mini test semua nak kena buat dalam satu masa. Nak makan pun tak sempat. Malam malam memang tak cukup nak tidur sebab tu eye bag ni pun dah boleh buat pameran untuk jadi bukti betapa singkatnya 24jam itu.

Kadang kadang aku tak faham sikap lecture. Betul laa cakap dia yang student ni kejanya cuma study,tapi dah kalau bagi assignment kemain banyak dalam satu masa,nak kena present pun esoknya,bila masanya kita ni nak belajar. Haishh. Tengok kan dah merungut.

Kadang kadang aku nangis sesorang sambil tekup muka pakai bantal sebab malu nanti roomate nampak,kan dah tak macho. Even nak study pun aku rasa takda masa sebab sentiasa bergelumang dengan assignment yang tak pernah benti.

Okeylah,di kesempatan yang ada hari hi,aku nak tidur. Tak larat laa nak nangis aje,malu nanti dah kurang keCOMELan ini. Puihh.

Selamat malam!

SPM,OSCE.

Hello Assalamualaikum semua!
Semoga sihat sejahtera.



Hari ni result SPM keluar kan. Ape macam? Mengancam tak? Kat pesbuk kemain banyak lagi budak budak nak hupdate pasal result. Tahniah laa kepada yang dapat A+ banyak banyak tu.

Tapi aku agak sedikit kemusykilan laa. Soalan tahun lepas senang sangat ke sampat kemain banyak yang dapat banyak A+. Waktu aku hambek SPM dulu pun takde laa ramai sangat yang dapat A+. Or memang budak sekarang pandai pandai? Untung laa kan.

Aku pun baru je dapat result OSCE. Alhamdulillah lulus. Maka tak perlu lah duit saku sabtu ni nak pergi tengok wayang kat KLCC aku bazirkan untuk repeat exam. Yang bestnya semua classmate aku pun lulus jugak. Hebat jugak kelas aku walaupun semua lecture tak suka kiteorang.

Oh ye,minggu lepas aku baru habis Test 1. Yang bestnya,sepatutnya soalan tu OBJEKTIF. Tapi format telah ditukar ikut suka-kaki-bapak-principle,maka ramai lah yang terkejut hampir nak jadi beruk sampai tak boleh nak tulis. Tetiba je jadi soalan struktur. Walaupun soalan just 3 sahaja,tapi nak luahkan kemain susah lagi.

Mana taknye. Kemain lagi semua dah pilih tempat nak duk kat sebelah orang pandai sambil dah pikir simbol simbol untuk ABCD,tetiba je bertukar. Nasib baik otak aku ni nak bekerjasama,maka dapat jugak aku jawab soalan walaupun tak dapat 10/10. Yang penting is LULUS.

Kesian jugak aku tengok classmate aku. Takpe lah korang,lepas ni sama sama kita fokus dalam kelas ye. Takmao dah repeat repeat,kita kan dah tahun tiga. -.-"

p/s : Test 2 lagi dua minggu. Time to study!

Enjoy reading!

Thursday, March 15, 2012

Jom kenali jenis jenis FOBIA.

Hello Assalamualaikum semua!
Semoga sihat sejahtera.

Hari ni aku nak bercerita pasal fobia. Apa itu fobia? Menurut kamus,fobia bermaksud ketakuatan yang teramat terhadap sesuatu. Tak kisah lah benda,binatang dan bermacam macam lagi. Tahukah korang bahawa fobia terdapat berbagai bagai jenis. Aku pun sebenarnya dapat tahu bila aku belajar Mental Health suatu masa dulu.

Okey,tanpa membuang masa,jom kita kenali jenis jenis fobia ni. Sambil tu boleh lah tahu korang dalam jenis fobia yang mana satu. Tarik nafas panjang panjang dulu.



Achluophobia : Fobia pada kegelapan 
Acousticophobia : Fobia pada bunyi 
Acrophobia : Fobia pada ketinggian 
Ailurophobia : Fobia pada kucing 
Alektorophobia : Fobia pada ayam 
Alliumphobia : Fobia pada bawang putih 
Altophobia : Fobia pada ketinggian 
Amaxophobia : Fobia menaiki kereta 
Ambulophobia : Fobia berjalan 
Ancraophobia/Anemophobia : Fobia pada angin 
Androphobia : Fobia pada lelaki 
Anthrophobia : Fobia pada bunga 
Antlophobia : Fobia pada banjir 
Anuptaphobia : Fobia untuk kekal SINGLE 
Aphenphosmphobia : Fobia disentuh 

Bacteriophobia : Fobia pada bakteria.
Bancophobia : Fobia pada bank. 
Bathmophobia : Fobia pada tangga 
Batrachophobia : Fobia pada katak 
Belonephobia : Fobia pada pin dan jarum 
Bibliophobia : Fobia pada buku 
Botanophobia : Fobia pada pokok 
Brontophobia : Fobia pada petir dan kilat 
Chromophobia/Chromatophobia: Fobia pada warna 
Coulrophobia: Fobia pada badut  
Cyberphobia: Fobia pada komputer 
Cyclophobia: Fobia pada basikal 
Cynophobia: Fobia pada anjing
Dentophobia: Fobia pada doktor gigi
Didaskaleinophobia: Fobia nak pergi sekolah
 Felinophobia: Fobia pada kucing
 Helminthophobia: Fobia dipenuhi cacing  
Hemophobia or Hemaphobia or Hematophobia: Fobia pada darah
 Herpetophobia: Fobia pada reptilia, ataupun benda-benda yang merayap atau merangkak 
 Hypsiphobia: Fobia pada tempat tinggi 
 Ligyrophobia: Fobia pada bunyi bising 
Melanophobia: Fobia pada warna hitam 
 Melophobia: Fobia atau benci kepada muzik 
Pediophobia: Fobia pada anak patung  
Pteronophobia: Fobia digeletek dengan bulu
 Okey.actually banyak lagi jenis jenis fobia. Tapi aku dah tak larat nak menaip. Silalah mintak bantuan pakcik GOOGLE ye. Beliau pasti takkan kedekut ilmu. Okeylah,masa untuk study. So korang dalam kategori mana?

Enjoy reading!





Tuesday, March 13, 2012

Menderma tak semestinya perlu keluarkan wang,so?



Betul!

Macam macam benda yang kita boleh buat untuk mengumpulkan pahala semasa hidup ni. Bukan niat untuk riak dan takabur. Oh ye,hari tu aku ade cakap nak hadiahkan diri aku somethingkan. Finally. Aku pergi membuat amal jariah. Seronok!

Dengan bangganya aku cakap,aku pergi pusat darah negara. Dan tak mungkin pulak aku pergi shopping kat situ kan. Memang dah lama aku simpan darah ni untuk di dermakan. Walaupun tiap kali aku pergi derma aku mesti ade problem,tapi itu bukan halangan besar. Okey kika,what do you mean by problem? Alergik je laa.

Semua benda yang kita buat kat dunia ni mestilah ade halangan kan. Begitu laa jugak aku si manusia ni. Ape yang penting mestilah ikhlas dan jadi sentiasa comel. Okey okey,dah lari tajuk.

Rasanya macam dah lari tajuk je ni. Oh ye,pasal menderma kan sekarang ni. Back to main point. Selain menderma darah,menderma senyuman jugak tak pakai duit laa. Aku ni memang suka senyum kat orang,maybe sebab tu lepas aku dah senyum,mula laa orang tanya 'na kenal boleh? Ade no fon?' part tu memang aku tak berkenan. Papepun still we can redeem pahala tau walaupun tanpa derma nombor fon.

Lagi,ermm jap na pikir derma ape lagi ye. Haa,baju baju terpakai yang still elok pun kita boleh derma jugak. Daripada di bakar or mak culik buat kain buruk,baik kita bagi kat orang. Haritu rumah mr.BF terbakar,so semua tinggal sehelai sepinggang je. Disebabkan baju pun dah bertambah kecik,so aku bagi je laa kat adi adik dia. Itu lebih baik kan :)

Okey okey. Macam macam lagi yang boleh di dermakan,korang pikirlah semdiri. Apa yang penting mestilah kena ikhlas. Insyallah semua tu takan jadi amalan yang sia sia. Selamat beramal!

Here got some picture for you.

* tengok alamat je okey. sila abaikan model tak berbayar

yaa,currypuff girl pergi membantu!

ambik no giliran untuk sesi kaunseling

sesi selingan setelah darah kena sedut. angkat kaki untuk promote venous return.


That all. Enjoy reading!

Thursday, March 8, 2012

Terima Kasih Baucer Buku 1Malaysia!


Haritu lepas abes exam,aku singgah kat popular. Otak beku taktau nak beli ape. Lagipun boucer ade rm150 tak guna lagi. So aku pusing pusing kat popular tu kemain lama laa sebab aku taktau nak beli ape. Kan aku dah cakap tadi. Lastly aku decide nak beli novel. Tapi untung mr.BF dapat bakal isteri yang tak jiwang karat macam aku. Sebab? Sebab aku memang takkan bazirkan duit or boucer aku beli novel yang jiwang jiwang tu.

Eh,tadi rasa macam ade mention yang lastly aku beli novel kan. Yaa. Aku beli tiga novel sekali tau. Tu pun still lagi tak sampai rm50 lagi. Dah tu dengan rasa kedekut taik hidung masam masam manis aku taknak menderma kat popular,aku hambek laa pen dua batang. Lastnya aku jugak yang kena tambah duit. Piuhh.

Okey okey,berbalik kepada niat suci lagi murni yang asal,aku nak kongsi siket pasal novel yang aku beli. Kompem berani potong jari yang korang takan rasa nak nangis langsung. Lets chekidaout!!





Aku dah habis baca tiga novel ni dalam masa dua hari. Kawan kawan cakap aku dah macam orang gila sebab gelak sorang sorang. Tapi memang serius lawak tahap siket lagi nak mampus tau. Memang rugi gila ah kalau sapa yang tak baca novel ni. Kalau nak lebih seronok,baca novel ni ikut macam turutan kat atas. Lebih kurang macam drama bersiri laa kiranya. 

So aku memang tak rasa membazir lah walaupun aku bukan beli buku untuk tujuan pelajaran,sebab dalam buku tu banyak terselit pengajaran. Tak caya cakap aku,beli lah sendiri ye. Okeylah,cakap banyak pun tak guna kalau korang tak rasa nak beli. Enjoy reading!

p/s : last but not least. terima kasih daun keladi,harap harap tahun depan dapat baucer lagi. muahahaha =)

Tak perlulah nak takut kalau tak buat salah kan.



Tengok,kemain panjang lagi tajuk entry. Yang paling best buat buat muka cute tanpa rasa bersalah langsung kat blog setelah tinggal kemain lama lagi. Alasan basi mestilah,sibuk study kan. Muahaha.

Oh ya,minggu ni minggu exam. So tu yang konon konon fokus sangat kat study. Hari ni dapatlah luang masa siket nak hupdate blog sebab exam habis awal. Good luck for me ye =)

So di masa yang tersisa ni,niat di hati nak bersihkan semua habuk and sawang yang sempat menyinggahkan diri semasa aku pergi berjuang bermati matian untuk hidup (kemain over lagi ayat kau jemah)

Okeylah,nantikan entry seterusnya.. Cis dah macam drama bersiri Bella Calamidades pulak. Muehahaha. Mohon ampun ya. Okeylah,enjoy reading!