Wednesday, March 21, 2012

SPM,OSCE.

Hello Assalamualaikum semua!
Semoga sihat sejahtera.



Hari ni result SPM keluar kan. Ape macam? Mengancam tak? Kat pesbuk kemain banyak lagi budak budak nak hupdate pasal result. Tahniah laa kepada yang dapat A+ banyak banyak tu.

Tapi aku agak sedikit kemusykilan laa. Soalan tahun lepas senang sangat ke sampat kemain banyak yang dapat banyak A+. Waktu aku hambek SPM dulu pun takde laa ramai sangat yang dapat A+. Or memang budak sekarang pandai pandai? Untung laa kan.

Aku pun baru je dapat result OSCE. Alhamdulillah lulus. Maka tak perlu lah duit saku sabtu ni nak pergi tengok wayang kat KLCC aku bazirkan untuk repeat exam. Yang bestnya semua classmate aku pun lulus jugak. Hebat jugak kelas aku walaupun semua lecture tak suka kiteorang.

Oh ye,minggu lepas aku baru habis Test 1. Yang bestnya,sepatutnya soalan tu OBJEKTIF. Tapi format telah ditukar ikut suka-kaki-bapak-principle,maka ramai lah yang terkejut hampir nak jadi beruk sampai tak boleh nak tulis. Tetiba je jadi soalan struktur. Walaupun soalan just 3 sahaja,tapi nak luahkan kemain susah lagi.

Mana taknye. Kemain lagi semua dah pilih tempat nak duk kat sebelah orang pandai sambil dah pikir simbol simbol untuk ABCD,tetiba je bertukar. Nasib baik otak aku ni nak bekerjasama,maka dapat jugak aku jawab soalan walaupun tak dapat 10/10. Yang penting is LULUS.

Kesian jugak aku tengok classmate aku. Takpe lah korang,lepas ni sama sama kita fokus dalam kelas ye. Takmao dah repeat repeat,kita kan dah tahun tiga. -.-"

p/s : Test 2 lagi dua minggu. Time to study!

Enjoy reading!

No comments:

Post a Comment