Thursday, December 29, 2011

Tips to be Shared ; Nak kurus nak kurus!

Hello peops!

Rasanya dah lama tak berkongsi tips dengan korang kan. Biasalah lah,hidup ini terlalu sibuk. Cis kononkonon laa -.-"

Okey tanpa melengahkan masa lagi,mari kita lihat cara caranya. Dan ofkos lah kena diet kan. muahahaha. Taknak mainmain dah oke :)

1. Jangan skip SARAPAN ataupun bahasa omputehnya BREKPES. Sebab? Sebab bila kita tak makan pada waktu pagi,kita akan lebih cenderung nak makan banyak lunch nanti. Perut dah berbunyi lagu moves like jeggar,so mesti nak kena isi kan.

2. SARAPAN pulak jangan lah kau melantak roti canai or nasi yang berlemak lemak. Tahukah anda bahawa nasi lemak dan roti canai adalah sumber makanan yang mempunyai kolestrol yang teramat tinggi mengalahkan Gunung Kinabalu? Ya,mesti anda sudah tahu kan sebab saya baru bagitahu. Bijak bijak.

3. TIMBANG BERAT setiap kali sebelum dan selepas makan. Sebab? Boleh laa tau berat awak tu makin naik ke turun. Dan pastikan timbang setiap hari okey.

4. Elakkan ikut KATA HATI. Maksudnya? Bila hati korang terasa nak makan aiskrim,korang pun lantas membeli aiskrim tapi makan dalam kuantiti yang sikit. Habis tu bayangkan kalau terasa nak makan KFC,Pizza CheezyBite,Prosperity daging.etc. Kalau semua tu korang makan dalam kuantiti yang sikit,sama je makan semua tu and terus je habiskan. Takkan kau taktahu pepatah "sikitsikit lamalama jadi bukit"

5. BERSABAR! Jangan berharap sangat yang seminggu dah boleh kurus. Dah kompem kerat jari ayam pun orang tak percaya. Sekurang kurangnya maybe 1 or 2 kilo boleh turun dalam masa seminggu. Yang turun lebih lebih tu mesti makan ubat kurus ataupun tak makan langsung. Wa tau laa beb.

Okey.itulah sahaje tips nak kurus untuk masa ini. Selamat mencuba walaupun korang semua dah tahu semua ni sejak azali lagi. Muahaha. Cheers up!


No comments:

Post a Comment