Sunday, May 12, 2013

Liburan di Cameron Highlands.

Salam semua.

Semalam encik tunang datang melawat aku kat Cameron Highlands. So daripada bosan dia tengok muka aku,aku tengok muka dia,kiteorang pun decidelah untuk melancong ke Cameron Highlands. Wahh melancong konon,padahal memang aku menetap kat sini buat masa ni okey. Huhu. Masa depan tak tahu lah lagi. Aktiviti memang berjalan,makan and bergambar aje.








 Lokasi pertama ialah Cameron Valley Bharat Group Tea House. Kat sini kalau rajin bolehlah daki gunung teh tu sambil feeling feeling hindustan ke titanic ke kat atas. Nampak sangat aku ni malas nak mendaki. Cadangan encik tunang ialah suruh aku naik ke atas,dia tunggu kat bawah and tangkap gambar je then aku turunlah sendiri. Ohmymy. Memang tak lah kan.






Lokasi kedua ialah Al Mashoor Strawberries Cameron Highlands. Deko kat dalam ni memang cantik. Tempat ni kira barulah jugak. Cawangan kedua. Yang main HQ kat Tanah Rata. Kalau lalu je mesti nampak tempat ni sebab memang kat tepi jalan. Boleh petik stoberi sendiri kat sini then bayarlah ye. Takkan dapat free pulak,ye dakk.





Lokasi ketiga ialah Cameron Tringkap Bee Farm. As you all can see,free entrance. Kalau sesiapa yang minat lebah,memang patut masuk kat sini. Dapatlah kenal lebah dari seluruh dunia. Andai kata suatu hari nanti korang kena sengat lebah,bolehlah tahu lebah apa yang sengat korang tu. Hebakk kan.






Lokasi keempat ialah Unc Sam Farm. Kat sini tak ramai orang. Kena mendaki sikit kat sini. Yang best and awesome kat sini,boleh tangkap gambar then terus buat frame. Yang tak awesomenya,waktu aku datang ni semua booth tutup. Mencik ah camni. Taknak datang lagi -.-" tetiba jee.






Wa memang paling paling suka tempat ni wa cakap sama luu. Sebabb? Nampak tak wa pegang apa tu. Icecream Magnum Chocalate Brownie okey! Ciss. Itu takde kaitan pun kan. Kikiki. Tapi siyesly tempat ni memang best. Tepi jalan betul betul turun S corner tu. Kat kiri kanan cafe. Suasana santai je. Minum teh and makan cheese cake sambil ditiup angin sepi sepoi. Hebakk gila kott! And yang paling penting,Harga icecream tu takdelah cekik darah sangat. Hahaha.






Lokasi kelima ialah Kea Farm. Sini kira syurga beli barang murah lah. Semua barang ada. Memang tempat ni pack gila sebab ramai orang. Jalan pun semestinya jammed okey! Gambar takde sebab lupa nak amik. Terleka buat video je. Huhu. Nak barang murah,mailah datang sini.







Tempat keenam ialah YZ Agro Farm. Waktu jumpa tempat ni memang aku eksited tahap kuasa kuda sebab jelez tengok Izara and Aiman beromantic kat depan tempat ni dalam Vanilla Coklat. Finally dapat jugak aku sampai ke sini. Tapi beromantic macam diorang tu takde lah. Iteww kan belum kahwin. teheeee =P

Huhh,panjang dah entry melancong ni. Yaa,aku pun berjalan dari pagi sampai malam. Malam aku pergi pasar malam and makan steamboat je. Okeylah. Btw,this is my first travelloge entry. Lepas ni nak pergi melancong banyak tempat lagi. SYS.

Till then,kbye!

No comments:

Post a Comment