Thursday, May 16, 2013

Warkah Buat Semua Pengguna Jalan Raya di Malaysia.

Salam semua.


Kehadapan semua pengguna jalanraya di Malaysia,saya dotdotdot mewaliki semua penunggang motosikal yang ada kat Malaysia ni. Yang luar dari Malaysia tu malaslah saya nak campur sebab saya ni warganegara Malaysia.
Walaupun saya dah lama meninggalkan arena permotoran,tapi saya tetap memahami perasaan mereka. So dengarlah luahan hati kami ni ye. Buka mata dan telinga tak lupa juga buka hati besar besar ye.
Kami tahu kami ni kecik,kadang kadang tak perasan pun kami ni kan. Sebab tu kami ni selalu jadi mangsa korban. Tapi tolonglah faham,kami pun ada keluarga jugak. Sama macam anda semua. Kami naik motor sebab senang untuk kami bergerak. Senang nak cilok cilok kalau dah lambat sangat. Bukan sebab kami ni miskin ataupun takde kenderaan yang lagi besar ye.
Kepada kenderaan yang bertayar empat,lima,enam dan ke atas,tolonglah bagi signal bila nak memotong tu. Janganlah main masuk je. Walaupun anda rasa kami jauh lagi dan mungkin sempat anda mencelah,itu pun dah boleh buat kami terkejut dan kemalangan okey.
Kami ada laluan kami sendiri. Semua pun mesti tahu laluan kami ni kecik je kan. Sama macam kami,jadi janganlah anda semua menyelit di laluan kami jugak. Laluan yang sempit tu bertambah sempitlah. Simpatilah sikit pada kami ni.
Kalau brek tu,janganlah tiba tiba brek. Kalau kami terkejut,mahu terbang kami atas kenderaan anda. Ini bukanlah aksi spiderman ataupun cicakman. Kami lebih hebat kerana lebih real okey. Dan cedera tu pun real okey.
Oh ye. Dah panjang panjang taip,lupa pulak. Saya ni penunggang perempuan. Kadang kadang bila ada pemandu lori hon tu,rasa nak tercabut jantung tahu tak. Suka ke tengok kaum wanita ni kemalangan hah? Tak kan lah tak tahu yang bunyi hon tu kuat nak mampus.
Okeylah. Sekian sahaja bebelan saya ni. Saya berharap semua pemandu akan lebih berhati hati. Tolonglah buat buat nampak kami ni. Kami pun nak gembira macam anda semua jugak. Sekian terima kasih. Majulah sukan untuk Negara!

No comments:

Post a Comment