Friday, May 3, 2013

Review produk #2 : Alpha Lipid SD II.

Salam semua.


Semenjak dah kerja ni,makin laju duit aku melayang. Antara yang paling mahal aku beli is susu Alpha Lipid SD II ni la. Semuanya sebab terpengaruh kat FB. Berlawan lawan nak tunjuk gambar kurus. Aku pun nak jugak.

Aku beli dari agen. Harga dia bg RM165. Aku pun tak fikir panjang terus laa beli. Rupa rupanya kat FB lagi murah. Cis. Huhu. Kisahnya begini... Jeng jeng jengg  <--- ini memang POYO.

Berat masa sebelum aku try susu ni is 65kg. Tinggi aku pulak baru 150cm. Haa,boleh bayangkan tak betapa gwiyominya aku. Kikiki. Padahal semua cakap okey je badan macam ni. Lumrah manusia,mana pernah puas. So memang aku gigih berdiet waktu ni. Semuanya aku abadikan dalam diary aku. Menu,perubahan ape benda semua laa. Susu ni tahan tiga minggu untuk aku. Sepatutnya 4kali sehari tapi nak jimat aku consume 3kali sehari.

Susu ni sedap laa jugak. Rasa susu. Muahahaha. Dah nama pun susu kan. Hasil selama 3minggu tu berat aku berjaya cecah 60kg. Seronok kot. Nasi memang aku tak sentuh langsung. Roti pun aku tengok dengan pandangan dingin aje. Actually aku ni hantu roti gardenia. Dapat cicah roti dgn sambal,perghh.

Kadang kadang aku curi makan sesudu dua bila makcik aku masak bihun goreng. Breakfast fav aku tu. Huhu. Aku banyak ratah lauk je. Buku panduan diet tu memang useful sangat. Tapi sekarang ni dah takde sebab kakak aku dah hilangkan.Ada gak menu yang aku create sendiri. Hasilnya sedap jugak. Makanan sejati aku ialah dada ayam,tauhu,brokoli,salad,nuget and daging burger. Tu semua makanan low carbo.

Tapi lepas abis je susu tu,aku tak beli lagi. Tak mampu dah rasanya nak beli. Mahal. Maka diet aku pun stop laa selepas tu. Currently berat aku dah naek. Rasa menyampah tengok penimbang walaupun penimbang tak bersalah. Huhu. Now aku consume yang lain. Dah nampak hasilnya nanti aku review ye.

Enjoy reading. Till then,kbye.









No comments:

Post a Comment