Wednesday, August 28, 2013

A Trip To Pangkor Island - Part 1.

Salam semua.


Minggu lepas aku dengan kawan kawan decide buat trip ke Pangkor. Kenapa Pangkor? Sebab mula mula cadang nak pergi Teluk Batik,tapi dah alang alang bajetnya sama terus je lah ke Pangkor. Lagi pun ni boleh kira first time jugak datang Pangkor and buat aktiviti. Dulu pernah pergi tapi macam bodoh je sebab tak tahu apa apa. Sekarang kalau orang tanya dengan senang kaki ai boleh jawab. Hehe.

* misi qaqa,cikgu paien,ainy psycho,engineer siti,fatin accountant,peguam sapikah.

Bajet kami seorang RM100 je untuk trip selama 2hari 1malam. Sebabkan pergi berenam so banyaklah boleh jimat. Kita pergi memang buat style traveller betul. Dengan bag kiri kanan,bawak coleman berisi bahan mentah untuk BBQ lagi. Pergi balik pun sampai sentap sentap nak bawak coleman. Haha.


Pergi naik bas Maraliner je tau. Masing masing malas nak bawak kereta. Pergi balik pun tak sampai RM20 so tak kisahlah naik bas pun. As long our trip is on. Dalam bas memang eksited kemain. Lagi lagi bas tu kosong. Memang riang ria hari raya betul dalam bas tu. Haha.

*bas kosong. ada kiteorang aje.

Perjalanan dari Teluk Intan ke Lumut around 2 hours lah jugak. Nam pun bas tambang,banyak tempat dia berhenti. Sabar jelah. Finally sampai jugak ke Lumut. Lepas beli tiket feri RM10 pergi balik,terus kita naik feri tu. Ada lagi half an hours before feri belayar. Eceyy belayar. Berselca selca dahulu lah. Kata perempuan =____="






*okey perasan retiss sangat.haha

Dari Lumut ke Pangkor ambik masa setengah jam. Sampai je jeti pangkor rasa macam nak lompat lompat tak percaya. Beria okey! Haha. Lepas tu terus naik van pink. Van kat sana memang semua warna pink ye. Ada jugak servis motor sewa and kereta sewa. Disebabkan kita ramai and takde nak pergi mana pun,ambik jelah van. Senang. Satu van RM20.

* pink lover <3

 Dalam 30minit sampai resort yang kita tempah. Kita pilih Palma Beach Resort . Kira paling bajet lah ni. Okey jugak. Sebenarnya. Semua resort sebelah sebelah depan depan laut aje. Harga je lain lain. Bilik kita ada jugak katil tilam aircond tv bilik ayoo. Haha.






#notakaki : sambung ke Part 2. Konon konon drama bersiri. Haha.


1 comment: