Wednesday, January 11, 2012

Game.



Semakin dewasa ni,semakin kenangan lama lama dulu datang menyinggah kat kepala otak. Kadang kadang aku rasa mesti orang tengok aku ni macam gila sebab senyum sesorang. Okey,hari ni aku nak cerita pasal mainan or game waktu aku kecik kecik dulu.

Aku suka main cikgu cikgu. lepas tu siap berangan nanti bila dah besar,aku nak jadi cikgu. Adik adik aku laa yang selalu jadi mangsa. Seronok bila dapat rait rait buku pakai pen merah siap buat bintang bagai.

Masa aku kecik,cite Roda Impian tengah feymes amos. Tipu lah kalau ada yang taktau cite tu. Meh nak cepuk! Kiteorang pun mengadaptasi konsep yang sama (fewittt,macam ayat novel dah,muahahaha) just takde  lah sampai buat roda roda tu.

Lepastu musim explorace pulak datang. Sebelum main kutip sorang 20sen tuk beli jajan. Tiap tiap kali mesti aku je yang kena jadi judge. Pening wo nak siapkan klu,nak nyorokkan barang barang lagi. Nasib baik akal aku ni hebat -.-"

Kecik kecik kalau tak main kawen kawen mesti tak sah kan. Tapi kalau ada yang tak pernah main tu aku taktau lah tapi yang pasti awak memang tak  OHSEM. Kalau main aku suka jadi anak anak,baru terasa diri ni hot. Cis.

Tu lah yang aku suka main waktu kecik kecik. Kalau dah besar gedabak ni nak main macam tu lagi macam malu je. Budak budak zaman sekarang pun dah tak main camtu. Sekarang paling koman pun semuanya main angrybird. Adik aku yang baru masuk pra pun lagi teror dari aku.

Zaman dah berubah,dunia dah maju. Budak sekarang tak rupa budak dah. Okeylah,mahu melayan K-pop. Winkwink~

No comments:

Post a Comment