Saturday, April 28, 2012

# Kahwin

Salam bunga April.

Pelamin dah pilih,baju pengantin dah pilih,konsep dah pilih,kad pun dah pilih. Wah. Tak sabar nak tamatkan zaman bujang. Itulah realitinya. Tapi untuk student macam aku,ramai cakap aku dah gatal. Ah,kau mengata aku tapi dalam hati sebenarnya kau pun nak jugak kan. Manusia,biasalah tu.



Simple. Itu yang aku nampak cantik. Tak perlu nak bazirkan tenaga sangat. And paling penting tak perlu nak bazirkan duit. Hakikatnya setiap apa yang kau buat itu perfect bagi kau tapi tak bagi orang lain. Ah mulut,mana boleh kita nak tutupkan untuk orang.




Sapa yang taknak kahwin kan. Bukanya benda tak baik pun. Kalau nak ikut umur,eh aku dah boleh okey. Weewee~ Tapi kahwin tu bukan sekadar hidup bedua je. Sah kau jadi sang suami isteri secara otomatik kau kahwin dengan family dieorang sekali. Makin banyak tanggungjawab yang kena kau pikul. Lelaki perempuan sama aje,ada tanggungjawab masing masing.




Firman Allah, 'Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan'. (Surah An-Nur : 32)




# perhimpunan

Salam bunga April.

Perhimpunan or perbarisan sama je maksudnya. Yaa,ni kisah aku. Tersangat lah barunya lagi. Sepatutnya waktu ni aku dah ada kat Banting. Tengah kemas baju atau lepak lepak mungkin. Tapi disebabkan kebanyakkan jalan dah di tutup maka esok baru bas boleh jalan. So barang semua dah ready,bilik dah kemas,baju dah basuh,cadar bantal selimut semua dah simpan. Ah,kejap lagi mungkin aku keluarkan balik untuk pakai malam ni.

Tetiba teringat sesuatu. Ah,pangkat tak ambik lagi. So aku dan kawan siap siap then terus naik bas. Ah,naik bas pun boleh kena tipu. Dasar ***. Sepatutnya bas berhenti sampai kat central market,tapi sampai Chowkit semua kena turun. Wadefak laa. So nak taknak kena jalan kaki. Sampai Sogo kena jalan kaki. And yang bestnya,mungkin kami bertiga je remaja perempuan yang berpeleseran.

Berbekalkan hati kering yang still lembap lembap jugak,kiteorang teruskan perjalanan. Destinasi ialah di Petaling Street,bukanlah masjid india sogo mahupun dataran merdeka. Kiri kanan sepanjang jalan cumalah beberapa ketul kereta and moto. Selebihnya adalah polis serta makhluk makhluk berbaju kuning.


kalau kuning begini kan comel momel


Sampai kat sogo,wah kemain segak semua polis kat tengah tengah jalan. Kiteorang pun lintaslah dengan dihati ini hanya tuhan yang tahu. Sebelum lintas ada seorang pakcik dari perhimpunan tu dah cakap tak boleh lalu tapi disebabkan sikap degil and takut,lintas jugak. Lastly polis pun cakap tak boleh lalu,so kiteorang patah balik. Dan pakcik tu cakap lagi lainkali orang cakap dengar,awak tu muda lagi,kalau pakcik tak kisah kena masuk penjara pun. Dan aku pun tergamam,sertamerta airmata aku tertumpah. Sebab? Sebab aku tetiba terasa takut sangat sangat.




Thanks kawan tenangkan aku walaupun airmata ni mengalir dengan sendirinya. Dan akhirnya. Penyesalan yang teramat keluar hari ni. Cuma kerana bib sahaja,ahh. Malas aku nak ingat lagi benda tak berfaedah ni. Nasib baik ada teksi dan uncle teksi tu memang peramah. Dah laa,barang yang lepas jangan dikenang. Itulah pengajaran yang aku belajar hari ni





# checklist

Salam bunga April.

Okey. Barang semua dah siap packed. Mungkin semua. Aku? Manalah pernah perfect. Selalu lupa. Contoh paling fresh tadi. Cardigan dah siap sangkut kat bahu,then kena letak luggage kat bonet belakang alphard pulak so aku gantung cardi tu sekejap kat ampaian. Yaa,after that terus aku masuk kat dalam alphard. Dah sampai terminal barulah,damn -.-" tertinggal lagi. Tu lah padah sekejap.




Orang kata kalau nak hidup lebih teratur,lebih mudah,sebelum nak buat apa apa senaraikan dulu perkara penting. Macam buat checklist. Yaa. Aku dah buat tadi dan hasilnya. Ah,apa yang aku nampak dan bawak lebih dari checklist yang aku buat tu. Mungkin hidup aku tak sesuai untuk menjadi seperfect orang lain. Yang pandai urus masa dan hidup.




Siapa pun dan macamana pun messynya hidup aku ni,aku tetap jadi diri sendiri. Tak perlu nak menjadi yang terbaik cuma untuk orang lain sedangkan diri sendiri terseksa. Mungkin sebab tu hidup aku tak ramai kawan. Seriously,even kat kolej ni pun aku tak ramai kawan. Kadang kadang aku terfikir jugak kenapa orang kurang nak berkawan dengan aku,but. Entah lah. Since sekolah aku dah terbiasa.




 Macam mana pun jalan hidup,bersyukurlah.  Jangan pernah merungut tak tentu pasal. Fikirkan setiap hikmah yang ada. Insyallah hidup ini akan sentiasa ceria.




Tuesday, April 10, 2012

One day i'll be like her! She's my idol.

Assalamualaikum.
Salam bunga April.

Okey. Sapa yang tak kenal YUNA kan. Awek kepada Qi. Sweet gitu tengok video memo tu. Jelez mak-nak. I think everybody adored her right. Aku nak jadi macam dia jugak. Tettttt! Aku bukan nak jadi retisss okey. Taknak taknak. Banyak gosip liar nanti. Aku cuma nak terror petik gitar macam dia je.

Memang impian dari sekolah kot nak belajar main gitar,tapi di sebabkan tade peluang and gitar,maka terpaksalah ku batalkan niat itu.

Najwa latif and Ainan tasneem pun hebakk jugak. Insyallah bila aku dah habis belajar nanti aku tumpu kat gitar or keyboard kot. Just for fun. Takde nak upload kat Youtube pun. Impian aku nak cipta lagu untuk orang orang yang terdekat dengan aku. Aku nak diorang happy.

hello gitar,satu hari nanti saya beli awak ye (:
Okeylah,enjoy reading!

Happy Anniversary Friends!

Assalamualaikum korang =)

Ni sebenarnya kisah semalam,so takde lah basi sangat kan. Aku nak ucapkan selamat ulangtahun kedua untuk Syafiqah Salleh dan Siti Aisyah. Akhirnya bertahan jugak kita kan KL ni selama dua tahun. So tinggal setahun je lagi untuk habiskan perjuangan. Semoga ukhwah persahabatan kita akan sentiasa mekar.



I LOVE BOTH OF YOU. KEEP FIGHTING!!



Happy Birthday Abah!

Assalamualaikum korang.
Salam bunga April <--- okey takde kene mengene


Entry ni khas di tujukan buat bapakku yang tengah kusyuk tengok nada nada nada nada cintaa. Puihh!

Tak ku sangka usia abahku dah mencecah 47 tahun. Tapi okey lah,lagi dua bulan nak timang cucu. Jadilah datuk muda. Ohsem sungguh abahku,seperti anaknya ini juga. Muahahaha.

Untuk abah,sempena birthday ni,semoga sentiasa panjang umur dan di murahkan rezeki. Harap harap syarikat kita dapat tender,nanti boleh pakai henpon Norkiah touch screen. Weee~

Selain itu,jaga diri abah baik baik ye. Nurse kecik ni jauh. jangan asyik makan coklat Ferrero je walaupun abah takde kencing manis,pahit mahupun masin. Oh ye,jangan stress stress,nanti darah tu tinggi macam KLCC pulak.

Akhir kata,selamat hari lahir abah. Sayang abah.


p/s : andai kata mampu aku luahkan macam ni kat abah,kompem terharu gila dia. takpun paling kuat die kata aku buang tebiat. muahahaha.