Saturday, April 28, 2012

# perhimpunan

Salam bunga April.

Perhimpunan or perbarisan sama je maksudnya. Yaa,ni kisah aku. Tersangat lah barunya lagi. Sepatutnya waktu ni aku dah ada kat Banting. Tengah kemas baju atau lepak lepak mungkin. Tapi disebabkan kebanyakkan jalan dah di tutup maka esok baru bas boleh jalan. So barang semua dah ready,bilik dah kemas,baju dah basuh,cadar bantal selimut semua dah simpan. Ah,kejap lagi mungkin aku keluarkan balik untuk pakai malam ni.

Tetiba teringat sesuatu. Ah,pangkat tak ambik lagi. So aku dan kawan siap siap then terus naik bas. Ah,naik bas pun boleh kena tipu. Dasar ***. Sepatutnya bas berhenti sampai kat central market,tapi sampai Chowkit semua kena turun. Wadefak laa. So nak taknak kena jalan kaki. Sampai Sogo kena jalan kaki. And yang bestnya,mungkin kami bertiga je remaja perempuan yang berpeleseran.

Berbekalkan hati kering yang still lembap lembap jugak,kiteorang teruskan perjalanan. Destinasi ialah di Petaling Street,bukanlah masjid india sogo mahupun dataran merdeka. Kiri kanan sepanjang jalan cumalah beberapa ketul kereta and moto. Selebihnya adalah polis serta makhluk makhluk berbaju kuning.


kalau kuning begini kan comel momel


Sampai kat sogo,wah kemain segak semua polis kat tengah tengah jalan. Kiteorang pun lintaslah dengan dihati ini hanya tuhan yang tahu. Sebelum lintas ada seorang pakcik dari perhimpunan tu dah cakap tak boleh lalu tapi disebabkan sikap degil and takut,lintas jugak. Lastly polis pun cakap tak boleh lalu,so kiteorang patah balik. Dan pakcik tu cakap lagi lainkali orang cakap dengar,awak tu muda lagi,kalau pakcik tak kisah kena masuk penjara pun. Dan aku pun tergamam,sertamerta airmata aku tertumpah. Sebab? Sebab aku tetiba terasa takut sangat sangat.




Thanks kawan tenangkan aku walaupun airmata ni mengalir dengan sendirinya. Dan akhirnya. Penyesalan yang teramat keluar hari ni. Cuma kerana bib sahaja,ahh. Malas aku nak ingat lagi benda tak berfaedah ni. Nasib baik ada teksi dan uncle teksi tu memang peramah. Dah laa,barang yang lepas jangan dikenang. Itulah pengajaran yang aku belajar hari ni





No comments:

Post a Comment