Tuesday, October 11, 2011

Aku jumpa ramai artis tadi!!

Salam peops!

Haa..
Sila jelezkan diri anda dengan tajuk tu oke! (sengihmacamkerangbusuk)

Tadi lepas balik kelas,aku dengan kengkawan pergi KLCC nak cari baju. Hadiah untuk adik aku untuk upcoming bufday dia nanti. Aku choose nak beli PDI untuk dia,tapi rupanya kat Suria ni takde. Kecewa doe! Harap je tinggi bertingkat tingkat,ada lif escalator bagai,baju PDI pun takde. Apepuntakboleh~

Lah,tak pasal tetiba je nak hangin kan. Hehe. Dah bosan and takde arahtuju,melangkah lah pulak pergi signature. Sapa cakap tandatangan,aku pelempang patplohpat kali laju laju. Haha. Signature tempat makan laa.

Disebabkan aku ni peminat setia Cikepal,aku pun konon konon lah nak tiru dia pasal bab makan. Harapan saya agar Cikepal takkan berkecik hati dengan saya (mula dah merepek!) huahuahuaa. Aku buat kelainan sikit. Tiap kali aku datang signature,aku mesti makan spegheti tapi hari ni aku ubah selera. Aku pilih OTAK-OTAK PLACE untuk memupuk lemak.

aku punya : * otak devil chicken rice.

Nasib baik sedap. Takde lah menyesal sangat duit aku melayang. Penat aku nak habiskan nasi ni sorang sorang okey. Atas dasar prihatin,aku suggest lebih baik kongsi duit beli nasi ni. Karang tak habis,kan dah bersekutu dengan syaitonirrojim. Kalau yang kuat makan,lu pikir la sendiri nak share ke tak.


sya punya : * nasi ayam penyet.

Memula aku nak makan ni,tapi teringat ayam penyet yang aku pernah makan kat bandar baru,terus aku lupakan niat tu. Aku suggest sya beli sebab boleh laa aku merasa. Kalau tak sedap pun takpe,dia punya bukan aku (gila babeng jahat budak ni). Tapi sedap okey,sup dia je aku tak suka. Sambal dia best,aku siap suruh mintak extra untuk nasi aku. Haha.


kawan aku belanja otak otak

Tapi otak otak ni kurenggg sikit laa rasanya.Tak pedas and sedap macam yang Wan Shukon jual kat Wana Cafe (bandar baru). Aku pun tak tahu laa otak otak ni di bakar ke di goreng dalam kuali. Kawan aku lagi best,dia kata bakar dalam avon,mengekeh ngekeh laa aku gelak. Actually dia nak cakap oven. Bhahahaa.


ape boat ntah.lupa pulak and mashmelo cicah cokolat.

Yang ni pun kawan aku belanja jugak. Bagus kan dapat kawan macam tu. Haha. Malam ni dia belanja aku teh o ais pulak. Aku teringin nak rasa Tutti Fruty tapi tak jumpa pulak.

Oh yee. Pasal tajuk kat atas tu,aku dengan boy kawan aku ni memain laa game bongok sikit. Asal nampak orang memane lalu je,mula lah eh Aznil,eh Mawi,Ct Norhaliza doe,ustzh Bahyah pun ada. Macam artis laa yang tersenarai. Gelak bagai nak rak and sangat sangat happy petang ni.

Okeylah,cheers up!



No comments:

Post a Comment