Thursday, October 20, 2011

Sehelai Baju Untuk Adik Tersayang.

Salam poeps!

Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi Azzwan,
Selamat Hari Jadi .



Entry ni agak awal. Sempena bakal harijadi adik aku yang bakal menjelang,aku decide nak belikan baju untuk dia. Sepanjang 19 tahun hidup,rasanya ni first time aku belikan dia baju. Mulanya aku nak belikan dia jenama Padini,tapi aku tak jumpa pulak. Malas aku nak meronda ke TS. Kang benda lain yang aku beli.
Kisah aku dengan dia..

Kitorang ni sama sama kepala hangin. Memang tak boleh bergaduh. Pernah dulu sekali je kitorang bergaduh. Memang huru hara jadinya. Masa tu kitorang sama sama kat sekolah rendah lagi.Dia pinjam pensil aku and dia patahkan. Aku taktau lah masa tu dia sengaja ke tak. Then aku ambik beg yang baru dia beli,aku gunting talinya. Jahat kat aku.

Mulalah kitorang bergelut. Rak kasut hampir patah. Adik aku yang last tak berenti menangis sebab takut. Masa tu pulak mak and abah takde. Kakak cuba jugak leraikan tapi tak berjaya. Last sekali aku mengalah.

Teruk jugak badan kitorang lebam lebam. Itulah first ang last time kitorang gaduh. Sekarang ni kalau gaduh,dah kompem aku yang kalah. Adik adik aku besar macam anak gajah dah. Hari tu dieorang gaduh,aku cuba leraikan,tak pasal pasal bibir aku pecah sebab kena siku.

Okeylah,maaf ye wan tak dapat belikan baju padini,cheetah pun jadilah ye. Karang kalau aku pegi TS,aku belikan. Btw,happy birthday.

Cheers up!




No comments:

Post a Comment