Tuesday, October 18, 2011

Budak Gila Bunuh Anak!

Hello peops!

Tajuk agak kurang ajar tapi lagi kurang ajar budak tu!

Hari ni kika nak share berita yang tengah meletup letup sekarang. As usual tiap tiap pagi rutin harian sebelum masuk kelas is ushar paper Metro kat kedai mamak. Berita pagi ni yang buat kika terkejut...

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

Sumpah kesian kat baby ni. Kalau ye pun taknak,jangan di bunuh. Letak aje kat depan rumah orang. Sekurang kurangnya ada sikit sifat berperikemanusiaan. Kakak kika dah tunggu setahun nak dapatkan anak,yang budak ni pulak slumber je bunuh anak dia macam anak patung.

Ish,kompem ah budak ni ada masalah psycho. Asal dia tak bunuh aje laki yang taknak bertanggungjawab tu? Laki tu yang salah kan. Hurmm. Dunia oh dunia. Okey laa,sedih terkenangkan nasib baby tu. Alfatihah.

Thats all for today. Cheers up!

No comments:

Post a Comment