Tuesday, October 25, 2011

My List To Do!

Hello peops!

Waa,lama sudah tak hupdate belog ini. Disebabkan ke'eksited'an yang melampau sebab dapat cuti raya seminggu,maka haruslah mengutamakan keluarga dan kawan kawan lebih dari segalanya. Ouh,cuti ini macam macam list to do dah menanti. Yang bestnya,apa pun tak start lagi. Haha.

Lets check it out my holidays list..

1. Belajar drive macam orang yang baru nak hambek lesen D. Kenapa baru nak belajar? Itu haruslah kerana bimbang sejarah lama berulang kembali.Sejarah eksident itu haruslah ada barulah diri nampak macho kan.

2. Mengrenovate bilik sampai jadi macam bilik anak raja. Bilik cantik barulah mata sejuk memandang. Nak keluar bilik pun rasa berat hati aje.Maka ibu akan tersenyum girang kerana anak gadisnya melekat kat rumah aje cuti ni. Kan bagus begitu.

3. Membuat amal jariah iaitu dengan memberi baju yang sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan kepada yang lebih memerlukan. Ohsemkan begitu  -.-"

4.Meluangkan sepenuh masa dengan keluarga. Oh memang begitu lah harapannya tapi autalah sepenuh masa. Bila pulang segala aktiviti sosial haruslah di tunaikan disini kerana prinsip biar jahat depan family dari tipu diorang hidup hidup. Aku kan anak yang baik.

5. Memasak dan memakan. Mungkin memakan itu akan menjadi lebih dari memasak sebab bila aku balik KL,tak dapat makan free dah. Maka peluang yang terhidang haruslah di manfaatkan sepenuhnya. Memasak? Aku kena memasak untuk Mr.BF. Dia nak makan kari. Hah,wait darling. Later i cook for you.

Banyak lagi list to do tapi kalau nak cerita semua,sampai esok tak habis. So list yang penting penting aje aku taip.

Yang aku rasa tak bestnya,kenapa cepat sangat masa ni berlalu. Tak hot lah macam ni. So masa harus di manfaatkan sepenuhnya.

Okeylah,sampai sini sahaja. Cheers up!


No comments:

Post a Comment